Thursday, March 31, 2011

Belum masanya




Assalamualaikum my belog :D

ohh, okey. hp pink+hitam aku tu dah pun bisu (bukan hp sendiri) kembar punye laa. hp tu dah gelong melong coz dah lame pun. ntah brape tahun dah tak ingat. aku guna pun untuk on kan nombor MAXIS . Nasib lah tak ramai pun yang msg nombor MAXIS ni. just beberapa orang. so, bile hp ni dah gelong melong, orang2 tersebut msg or call tak dapat lah. kire dh mcm off je memanjang hp tu. huk3. sadis tak???. haha.

okey. nak dijadikan cerita ingat nak beli lah hp yg kat bawah ni last week, tapi memandangkan bajet yang berlari-lari ke mane ntah, so, terpakse lah ditangguhkan. dalam kire2 3 bulan lagi. settel kan LESEN kamu dulu yer cik Zyra. ^_^


Nokia 1202
Nokia 1202

macam hp mahal je kan, padahal yang ni jer?. gelak sorang2. :D


Apple 3G iPhone, 3G mobile, 3G iPhone news
Apple 3G iphone

haa. yang ni memang belum masanya, ntah berape tahun laa baru dapat yerk??. Berangan jap pakai hp ni. haha.! SMART der..




Tuesday, March 29, 2011

Meh nak kongsi :)




Cara- Cara untuk Menghadapi dan Mengatasi Tekanan
Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll.
Tekanan adalah fizikal serta mental. Ia di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya.
Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya – sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang?
Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita.
1) Senaman pernafasan.
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lolima belas minit untuk bertafakur.
3)Penggambaran.
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.
4)Pengurutan (Massage).
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda.
5)Kelegaan otot.
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah.
6)Muzik.
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.
7)Pengurusan masa.
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).
Sumber : Utusan Malaysia, 29 Mac 2006

* Info ni untuk aku jugak. tengah stress menggila. hadoi.! semua kerja bagi kat aku ker?. Okey. fine. dah macam nak demam dah ni. grrrr....

Sunday, March 27, 2011

Ape kena ni...?

Salam. :)


Ape kena ye ngan aku? oke. actually migrain, gastrik dah biase dalam badan aku ni :)
but, dah lame tak kena. huhu.. demam pun dh lame x kena. alhamdulillah, tapi yang migrain ni dari pagi tadi kena tak baik2 sebab malas makan ubat lagi (panadol je biasenye), takpe. before tidow makan lah, tahan jap.  :)
gastrik ni kena bile aku tak makan ape2 or lambat makan daripada time nye. Gastrik ni dapat dulu coz start diet yang gila2 sampai dapat mc klinik 2 hari then sambung mc Hospital Serdang 7 hari tu.hee... :D
So, sekarang kena balik coz aku mule kan balik diet yang tah ape2, tahan makan je kan, huhu. 

Kat bawah ni aku lampirkan sekali sedikit mengenai MIGRAIN dan GASTRIK . :)
(Ayat Skema weh.! haha)

MIGRAIN

Pengenalan Penyakit
-Migrain berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang,berbeza tahap kesakitannya,kekerapan dan jangka masa serangan.
-Ia berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud sakit kepala sebelah
-Biasanya serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan sakit kedua-dua belahnya.
Jenis-Jenis Migrain
-Migrain tanpa aura
-Migrain dengan tanda aura
-Opthalmoplegic migrain
-Status migrain
Punca penyakit / Faktor Risiko
-Genetik
-Aktiviti saraf ‘trigemino’ yang mengawal saraf dalam kepala dengan ‘neurotransmitter’ yang dipanggil substance P dan lain-lain’neurotransmitter’ sperti ’stamine’ dan kinine’ menyebabkan urat-urat darah dalam kepala mengembang dan berdenyut.
-Aktiviti yang berlebihan pada pangkal otak mengakibatkan ‘ neurotransmitter’ seperti ‘norephenepherine’ dan ’serotinin’ yang menjadikan urat darah sempit, kembang dan mengakibatkan rasa sakit.
-Perubahan saiz diameter urat darah yang bergerak dalam kepala berbeza-beza dari masa kesemasa dalam satu serangan (spreading digemia)
-Pengeluaran serotinin yang berlebihan dari sel platlet darah
-Tekanan perasaan atau ’stress’
-Terlalu banyak minum minuman yang berkafein seperti kopi atau minuman alkohol
-Cahaya yang sangat terang
-Perubahan cara tidur / tidak cukup tidur
-Letih yang keterlaluan
-Bau-bauan ‘ perfume’ yang terlalu kuat
-Pengambilan pil ‘ contraceptive’
-Haid
-Pengambilan pemanis tiruan
-Daging yang ditahan lamakan (preservative) supaya tidak mengandungi natrium dan sodium glutamate
-makanan yang mengandungi histamine dan ‘vasoctive agent’
Tanda- tanda / Simptom
1) Migrain tanpa aura
   -Rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala, pesakit ternampak bayangan bergaris-  garis
   -Terjaga dari tidur akibat kesakitan yang amat sangat
   -berasa sangat loya, muntah dan terlalu sensitif pada cahaya dan bunyi
   -denyutan yang dirasakan amat sakit apabila disentuh penghidap boleh pengsan
2) Migrain dengan tanda aura
   -jarang berlaku
   -pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan (line) yang membesar, kemudiannya hilang
   -Penghidap akan terasa mabuk, kebas-kebas pada bahagian dalam badan beberapa minit sebelum serangan
3) Opthalmoplegic migrain
   -terlalu jarang berlaku
   -sakit kepala yang keterlaluan boleh menyebabkan mata jadi juling dan buta sementara
   -mata menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine)
   -pesakit boleh hilang pandangan dalam masa beberapa minit
4) Status migrain
   -berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan
   -boleh mengakibatkan penghidapnya mendapat strok
   -migrain yang berlaku berulang-ulang pada kanak-kanak menyebabkan mereka muntah-muntah dan sakit perut yang berulang-ulang
5) Bentuk serangan migrain
   -’severe’ rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala atau keduanya
   - ‘local’ - kulit bertukar menjadi merah  sedikit atau kelihatan pucat
   -’pallor’ berpeluh-peluh
   -’sono’ sensitif terhadap bunyi bising
   -’photophobea’ - sensitif pada cahaya
   -’speak’- percakapan menjadi perlahan untuk elakkan sakit kepala

GASTRIK

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


Tip Sepanjang Bulan Puasa
  • Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
  • Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
  • Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
  • Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
  • Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
  • Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
  • Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
  • Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  • Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
  • Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.


    *Info search from internet :)

Saturday, March 26, 2011

Friday Lunch Tyme :)

 oke. kak eja sgt menikmati :)

Cute boss (cik Linda) n shida with their lunch set :) 

oke. dis is me, yummy.. Rice with grilled mushroom chicken :))

shopping sakan  dorg nih, dh2, balik... ...

awat lah tu cik Linda , hehe ( yg byk2 tu hadiah kawen boss cik Niza)

 makan banyak sgt lah tu kan dh x larat nk jalan sampai kene hana jempot ye. haha :p

*makin 'comel' lah budak nih. huhuhu,, sob3

Lokasi : Mutiara damansara (IKEA)
            (THE CURVE-secret recipe, melayang RM17.40 aku)
            waaa.... xpelah. setahun sekali je kan dpt rase :)

Jam: 12.30- 3.20 ptg bru smpai ofis ( lunch time habis 2.45) ^_^

Wednesday, March 23, 2011

Untuk Adik-Adik

 Muhammad Zulkhairi B Salehudin (adek yg gelong) haha

Aida Syaheera Bt Azimee (bakal adek ipaq) hehe



Tahniah. Congratulation.

Ayie & Syeera. result masing2 the best lah. bangga jap kakak korang nih,.hek3. :p
Dah boley tidow malam yer? haha. 
Anyway, lepas nih boley start search cos n U or Poli mane nak masuk ok. 

p/s : I love u both of u.!! mmmuaaahhhh!!....

Monday, March 21, 2011

5 JINGGA Kawan sampai mati .!

Assalamualaikum...

*ohhooo... mane dapat lah kan name nih?. ahaha.. oke, 
before tu nak introduce kan ahli2 dalam kelompok ini. :

 
  
 Ainul Nadzirah Salehudin ( AINUL) Amni Hamizah Dzulkanain ( AMNI ) Nur Farehan Ismail ( REHAN ) Ras Adiba Hasanuddin ( RAS ) Siti Aishah Ahmad Pouzi ( ECAH )


* Oke. Nama 5 JINGGA ni otometik je kitorg letak mase presentation group subjek Commerce Law sem2 dulu, ahaa.. group berlakon taw... hebat x. haha..tapi pun kitorg berlima ni dh memang rapat since sem 1 lagi.
aktiviti weekend mase tu biaselah, lepak2 Jusco Ipoh ker.... Ipoh Parade ke... pe lagi benda yg kitorg buat , main BOWLING and KARAOKE bagi melepaskan tension2 study exam, tak pon mase gado2 ngan bf masing2, haha, betol kan korg, ?? yg best nye, pakwe ecah, rehan dulu n aku nye abg syg 1 kelas oke. secara kebetulan je.,, pusing2 sane sini pakwe die tu laa, pakwe die ni laa.. haha, biase lah kan zaman politeknik dulu...




Si Amni ni die blur2 ckit, tapi baik sgt2 ngan kawan2 die, cun meyhhh... tengs amni bg teddy bear kat aku :))

Rehan ni budak kelas panggil die TOKOH FOKUS, ntah pe yg die fokus kan. hehehe, tapi skang dh jadik STUDENT NURSE oke. :))

Ras a.k.a. Bedah ni macam kakak la ngan kitorang, lahir pon bulan 1 kan , so, faham laa mcm mane kakak layan adik2 nye. hehe. syg ko bedah. !  ;) 

Ecah pandai masak, Tomyam die best taw, tp peel die nih kuat tido wehh, haha.. cun maa... cam minah KOREA. ;)




* Kat bawah ni gamba2 kitorang yg aku still simpan, x banyak sebab aku berhenti poli mase awal sem3, so.. ni je laa gamba2 kitorg berlima yg aku ade :)







Rehan pun ikot berhenti mase habis sem 3 sebab dapat tawaran SPA dlm cos Nursing kat Kelantan, then Ras ikot jejak langkah aku bile dpt tawaran keje Pembantu Tadbir under SPA kat Kolej Komuniti Pasir Salak mase die sem 5. So.. last nye tinggal Ecah ngan Amni je, dh xde 5 Jingga lagi. masing2 dh ade life skrg lepas amni n ecah pon dh habis study Dip dorg, x lame lagi nak konvo dh, congratz ye utk korg dua ....

Ape ape pun, korg semua still KAWAN terbaik yg aku pernah ade, mengenali korg adalah yg paling indah, even ade prob yg pernah kite lalui dulu tu, aku tak pernah amik hati lame2 coz aku terlalu syg kan korg n FRIENDSHIP kite ni. Hope ikatan persahabatan ni dapat kekal sampai bile2. Aminn... 



5 Jingga is Always In My Heart, FOREVER n EVER :))

Thursday, March 17, 2011

Turun kan lagi dan lagi. Chaiyokk!

Age                22

Height            153cm

Weight           60.7kg

BMI               25.9

Fat%              36.5%

Fat to LOSE   9.4kg


11.20am
17/03/2011


- Kena kurang kan makan
- Kena banyak senaman
- Minum teh herba+halia
- Banyakkan makan buah-buahan
- Minum air kosong 8 gelas sehari

Memang kene amalkan yg ini sebab tak mampu pergi  
LONDON, MAYFAIR, SLIM WORLD or watever lah. hahaha.

Chaiyok Zira.!! 10kg more LESS from now.!

Wednesday, March 16, 2011

Muke Sememeh

Malu weh tengok balik gamba nih, haha, comot gilerr! Tengok bawah, yg pegang fail tu aku laa... oke. haha. lawak2.. tengs Ain, simpan lagik yer gambar nih, aduiii... haha. kenangan.

Tahun 6 after habis UPSR tahun 2001.
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Aur, Taiping.




Dalam gambar : 
(Atas) Wani, Iylia, Dayah, Ain, Husna, Nadhirah <angah my twins>, Me
(Bawah) Syanaz, Marni, Izzatulnaf
:)

Tuesday, March 15, 2011

Gayat tu ape eh.?

hahaha, saye pun x tahu , x pon saye memang tahu tapi buat-buat x tahu.haha... mane2 je lah kan, yg penting aku cube utk mengatasinya kerna teramatlah teringin nak naik itu ini. akhirnya bila kat atas tu mak oi...!!! hahaha. macam2 der. lantaklah kan. aku dh pun try kesemuanya, best tapi...... wahaha. x tahu nak kata apa-apa -_-,,



 Future family.. <3

Ayah & Anaknye , ^_^

Cabel Cars :))

Artis LONDON ni weh, tapi x sempat snap pic same, kan artis Aidaa Syaheeraa .? ^_^

Roller Coaster. whoaaa!!!!

Welcome..Welcome.

macam-macam gaye ade lah. hee... :p

Jalan-jalan dalam sejuk, mcm kt LONDON je. ahaks!

Buai laju...laju...sampai ke awan... lalalala~ last game outdoor :))

Monday, March 14, 2011

Chemistry

Bukan bahan kimia, jugak bukan subjek kimia haa.. haha. ini tajuk lagu yg selepas di translate kan menjadi KIMIA. nyanyian Melda Ahmad, kenal x?. kenal x?. kenal kan. alaaa, yg pelakon Gadis Semasa Sunsilk tu.
Lagu ni bagi aku sgt sweet dan best, sesuai dgn suara beliau..huhu, tengok lirik lagu ni kat bawah, n dengar muzik background kt blog nih. hehe.... ~ Layaaannnn............


Penyanyi yang baka meletop kebabom.! MELDA AHMAD.


Pelakon-pelakon GADIS SEMASA SUNSILK.!






aku mula jatuh hati kepadamu
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita
kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku
bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu
kau kucup pipiku
kau bisikan cintamu
kau kata baby I love you
kau cairkan hati ku
bahagia,
kurasa,
disaat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu
kau seru akulah pelangi cintamu

Tuesday, March 8, 2011

Tuesday Dinner






Pelakon : Faralyna (Melati), Faezah Elai (Zaliya), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi & Rahim Jelani.
Slot : Lestary                    Waktu : Setiap Selasa, 9.00 Malam
Sinopsis :   Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.
Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.


Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?






* even ade si Shah Jazle nih, nk tgk jgk coz cerita n lagu nya best . haha ^_^

Saturday, March 5, 2011

Kisah Si Tukang Kasut

Salam...

Korang kalau nak repair kasut, nak tampal or jahit kasut pada siapa yg akan korg carik?. jawapan nyer budak kecik sekarang pon dh pandai jawab jela2 lan. haha. Tukang Kasot lah.alaa..macam cerit Allahyarham Tan Sri P.Ramlee kita tu, SABARUDIN TUKANG KASUT. haa.. meh2 nk story sama korang, sebenarnya bukan senang taw nak repair kan kasut orang ni. byk teknik dan cara yg kita x faham dengan tugas mereka,.tambah2 lagi kalau pelanggan2 yg tak reti nak bersabar, udah ler nak mintak tolong mereka2 si tukang kasut ni, tapi x reti nak sabar lah kan. ofcoz ada yg terasa ni tapi x perlu kot nak terase jantung ke hati ke kan coz ni lah lumrah dan sifat manusia. bukan semuanya sempurna, tapi bertimbang rasa lah sama kpd orang lain... Hargailah sesama insan kerna kita semua memerlukan diantara satu sama lain. Fikir2 kan dan selamat memikir. wasalam.~




Salah seorang tukang kasut yg berkhidmat utk kita

Thursday, March 3, 2011

Wajah Kesayangan Hamba

salam2... huhu. sape lah pulak tu kan.. hehe..
mereka2 ini lah teman yg paling rapat buat mase ini. kalah BFF sendri. huahuahua. hahaha
cik punch card dan cik fotostat , sentiasa ada disisi semasa senang dan susah, perghh. pe nk kabor ntah ni. haha... an..an..an..?? di pendek kan ceritera sebulan dua ni mereka ini lah yg perlu kuhadap semasa bekerja. kenapa ya?. ermm. disebab kan aku ni lah yg dipertanggungjawabkan membuat laporan punch card2 kt kementerian tu, so, aku jgk lah yg kene buat spotcheck terhadap mereka2 ini sepanjang tahun 2010. maw x byk. 1 kementerian ade dlm lebih kurang 13 jabatan dan bahagian. darab sndri lah brape keping punch card kene belek dan fotostat kan hari2. wow! haha. byk kn,. naseb lah de yg diarahkan membantu. sgt2 terima kasih daun nipah. huk3. nnty aku blnje korg dinner mase mjlis tu. haha. :p
punch card standard nye kaler kuning lah kn. so skrg ni eye aku nih asik2 nmpak kuning jerk merate weh. haha. tp baru ku sedar kuning nih pon cntik ok. n last nyer, aku sudah mula jatuh cinta dengan kaler KUNING taw.  senget kan.. haha.  ok lah. nk rest byk2 coz kaki sakit berdiri lame2 di depan cik fotostat. wee.... daa....salam....! ^_^


muke bajet rajin buat kerja lalala. haha. khusyuk tu... :p