Saturday, July 23, 2011

Saye sayang Opah saye....


Ya Allah, kenape perlu Opah saye??. terbaring lesu di atas katil wad Hospital taiping.

Hurmm, dah takdir, Allah yang tentukan.. 

kami semua terima, masing-masing tak lepas tangan untuk jage Opah kat hospital. 

Doktor sahkan Opah kene Kanser Darah yang lebih dikenali dengan nama LEUKIMIA

kalau opah taknak jugak buat pemindahan sum-sum tulang, kami hanya perlu membuat persediaan mental. 

Doktor kata tunggu masa je..

Ya Allah, sembuhkan lah Opah ku. 

Umur Opah dah menjangkau 78 Tahun. tak sanggup rasenye tengok penderitaan Opah macam tu.

 Moga diberi kesihatan yang baik semula. 

Amin ya Rabbal Alamin....


* air mata nak sangat kelaur tapi terpaksa ditahan depan Opah.. 
Opah kuat kan??. Acik sayang Opah sangat-sangat. nak puasa & raya dengan Opah, 
Opah sihat cepat ye.....     :'(

Proses Hari Kedua & Yang terakhir


 Entry sebelum ini : Proses Hari Pertama   :)



Lokasi : Pusat Bandar Damansara - Hari terakhir
Tarikh : 22 Julai 2011
Buruh2 Terhormat BSM : Ainul, Izzaida, Hanna, Cik Ina, Mala, Kak Midah & Bantuan -Unit O




Esok (Sabtu) baru hari terakhir sebenarnya tapi disebabkan nak balik jenguk Opah yg kat Hospital Taiping tu, balik jugak lah kejap.. Tak dapat nak tolong2 dorang, Ahh.. aku dah setel kan pun ape yang patut sebelum balik jam 6 lebih tadi, So, esok aku dapat pelepasan dari Cik Ina. tenkiu boss.!! hehe... Sempena hari terakhir di pejabat KPKT @ PBD nih, kite snap gambar!! 

Pergunungan Sampah2 & kertas recycle. Masyuk nih!!
- Gabungan usaha UNIT T & O & kak Midah & Mala-

Antara proses2 akhir - Taging kotak!

hasil penat lelah kita bersama.. wee~~~ 
(ni baru sikit, ade lagi kat depan & belakang tempat nih!)

Okey! yang ni antara wajah2 gembira meninggalkan oficce lama, punch card pon maw amik gambar kah?? hehehe...



Akhirnya! lega bila semua dah selesai, tinggal kontraktor nak angkat je esok. Even tak ramai staf kat unit ni yang ade last2 day, (3 4 org je) tapi tetap boleh siap sebanyak2 ni. Usaha sangat gigih! hehe. clap ur hand! & thanks jugak kat unit sebelah yg prihatin, tolong ape yang patut, dah lah tadi takde kumbang, semua bunga yg tinggal, nasib lah kumbang sebelah okey. hehe. thanks a LOT yaw.!



* Bilik sewa yang kat Ampang nih dah 90% siap dikemas! esok tinggal nak angkat pindah Putrajaya je.~ wee... - mcm mane lah ditempat baru~




Next Entry : Di Office + bilik sewa baru!!!

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #1 Proses Pindah Ofis

Hari ni bermula proses kemas barang2 ofis utk di packing kan. Akan angkat barang2 ni this saturday. So, memang penat sikit lah minggu ni. Isnin depand dh mula bertugas di Putrajaya. Bangunan baru you~







Next entry : Operasi kedua :)



Monday, July 18, 2011

Bye-bye BOS


Yang lama pergi, yang baru datang. 
Sayonara En. Asfari & Selamat datang bos baru - En. Nazri :)

Majlis perpisahan & Majlis Perjumpaan Warga Bahagian Sumber Manusia


 Suasana dalam ruang majlis

 Pegawai yang dirai - Encik Asfari Bin Suri

Yeah.! Bos kitorang dapat Anugerah Pekerja Contoh Bulan Februari, BSM 
Congrats cik Linda.! :D


Kak Eja & Kak Midah

Cik Mala & Cik Zyra 

 Tengok atas dan tengok bawah. Cuba cari perbezaan. haha. 
(sengal org2 kat belakang tuh)

Begini lah mereka-mereka ini bile dapat bergambor. haha!

Mak2 buyong jadik VVIP tu... hehe

Cik Linda.! 

Mereka ini Best Friends Cik Zyra. cun2 kan.. hehe





Thursday, July 14, 2011

10 HADIAH Paling Berharga

Ni nak kongsi sedikit info yg dpt di Media Serius.!


1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.


2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.





Thursday, July 7, 2011

I-City Shah Alam

Salam... lame jugak takde post entry baru. jadik budak demam seminggu, tapi pegi keje jugak, jumaat dah taktahan sangat baru pegi klinik dan mc sehari. sampai sekarang demam mcam tu jugak.Antibiotik dah nak habis..hurmm =.='

Jumaat hari tu cik abg syg amik bwk pegi klinik then terus pegi rumah family die,.. Esok tu lak dah okey sikit ikut dorang kuar, boleh amik2 hangin kann ..ngee~  Asalnyer pegi tengok2 tempat cik abg syg interbiu esok nih, rabu dekat area Kelana Jaya/Subang. Dah alang kat situ kann, Mom In Law ajak pegi beli kain ela nak buat baju raye.. kat Carefour Subang. Time tu dah petang sangat punn~

Dad In Law tanye pastu: nak pegi mane lagi??... Cik abg syg ngan maknyer pun gtaw, jom g i-city! Huh!. camner dorang taw aku nak pegi sangat2 nih. hehe. thanks to them :) Dah malam jugak mase sampai. pergh... malam minggu kann..memang ramai lah nak bgtaw nih. nasib baik sampai awal, dapat park kete dekat2 jew .

Jalan punye jalan, snap sane snap sini. Ade pulak dorang jumpe mini zoo reptilia i-city. Huh.! kompem2 ade ular kan dalam tu. dalam pikir2 nak taknak masuk, takkan nak duk luar sensorang?. Aduhh.. masuk jugak lah. (sy sangat2 geli dengan Encik Ular) ~ Masuk wat ati kering tapi tak pandang punn mereka2 itu, Iguana je cumelll.. hehe..

Jalan dan jalan, snap dan snap gambar lagi, conclusion nyer, tempat ni cantik sangat. takberbaloi penat2 jalan jauh2 sebab tempat ni tersangat lahh besar! heh! Besttt :)  Jom layan gambar, penat dah menaip ^_^













Meriah giler kn?? Dengan lampu yg colourful, ade tempat game lagi, Snow pon ade. tp yg tu masuk RM25 dewasa. Mini Zoo Reptilia I-City masuk RM8 dewasa & Rm5 utk kanak2. Try lah pegi yang mane belum pernah pegi. Berbaloi~ ^_^