Friday, December 16, 2011

TenkiuVeryMuch.! :D

Assalamualaikum.


Haa... Rejeki2... bak kata orang indon ya. hehe. Hari ni aku dapat 2 hadiah. Memang tak harap langsung!. Terkejut ade lagi ni. Amik hadiah pun tangan menggeletar. Aku tak suke g depan orang ramai amik pape. Haishh. Tapi dah orang bagi, Rezeki jangan ditolak. ye dak? ngeh3..... :D


-BigBOSS-

-Kwan Ofis, Ija&Mala-

-Lagi, Cik Wani&Kak Midah-

Hari ni aku dah taw awal2 lagi ade Majlis Makan Tengah Hari Bahagian aku. Macam biasa, aku tak over the dress. Haha. Pakai simple giler hari ni. Baju kurung cotton biasa + tudung sarung. Hati aku dah gtaw dah aku akan dapat sumthing hari ni.. Tapi tak sangka lak kan, betul2 jadi. Hee...

Bile ingat balik, patut lah pun aku tak kena buat sijil pekerja contoh kali ni. Biasanya, setahun 2 kali ade majlis macam ni, memang aku yang kena. Aku tak jangka langsung kot mase dorang buat sijil2 tu. And aku memeng tak nak amik taw pun sape yg akan dapat. haha.

Pegi attend majlis tu macam biasa. Pastu dorang bagi hadiah untuk orang bertukar, bersalin & berkahwin tu, tup2 last sekali ade lak nama aku. Eh. aku tak kawen lagi pun dapat jugak ke?? Muke terkejut pun aku pegi jugak amik. hehehehehe.... Advance hadiah katanya.. yelah. aku je kot yang kawen hujung tahun ni. rejeki2....

Lepas tu dorang bagi Anugerah Pekerja Contoh Bulanan, aku tak pikir langsung sape lak kan yang dapat kali ni untuk Unit kitorang. Dorang sebut lagi nama aku. Ehh?????? Pelik bin Hairan lagik.... Tapi bangun jugak. Haha. Yang lagik best nye, aku dapat untuk Bulan September. Bulan besday aku kot..... haha. Rejeki lagik..... Amin...


-Bakal Puan- Hahaha

-Sijil yang dapat- :)

-Hadiah yang dapat-

-Goodies- Comel kannn? :)


* Esok gerak balik Taiping. (last time naik bas sorang2 balik kampung) hehe, Balik nak tolong last week punyer persiapan untuk hari aku dengan dia... abang syg lah. :D sengehhh lagik.

Harap2 semua berjalan lancar, Amin. :)

Monday, December 5, 2011

Demam Ombak Rindu.!


Semua orang mula menyebut pasal Filem ni. Aku rase mungkin boleh Box Office sebab cerita nya memang best dan menyentuh hati. Bayangkan semalam ade lelaki pun mengaku menangis tengok filem ni.

Kebetulan, Najwa ajak pegi tengok cerita ni. Kitorang beli siap2 malam sabtu untuk tengok hari ahad. Takut full seat! Ade la orang kat fb mention pasal abg Hariz nak datang Alamanda. Dalam hati ni, ish..betul ke.. ok takpe. we wait & see.

Sampai je Alamanda, usha2 jugak lah kat sane, betul ke ade Aaron Aziz. Takde pun. _._ *muke frust..
Tengok je lah cerita tu kul 1.05 pm. Meleleh air mata tengok. Betul lah ramai kata kena sediakan tisu. Aku dengan Najwa tak bawak pun. Huhu. sedih part yang Hariz nak tinggalkan Izaah mase dia mengandung tu. Naseb baik lah Najwa yang kat sebelah .takde lah segan sangat. hehe...
Akhirnya....... lepas je habis cerita tu, ade announcement kata yang pelakon-pelakon Ombak Rindu nak masuk panggung.! Bayangkan lah bile sebut Aaron Aziz nak datang, gigirl2 dalam tu macam mane excited. Termasuk lah tuan punye blog ni. Haha. Menjerit sakan! Dari luar pun dengar orang dah menjerit! Macam tak percaya Aaron Aziz yang aku minat ade depan mata! Excited gila! Dah la die tu kelakar jugak orangnya. Pecah perut jugak orang dalam anggung tu dok gelak. Haishh.. bikin orang cair lah die tu. Hehe.

Kejap je die dengan Maya Karin dengan Pengarah Ombak Rindu, Osman Ali dalam tu. Rupanya dorang wat touring bagi Filem Ombak Rindu kat sekitar Lembah Klang. 


Meh nak bagi sikit Sinopsis Filem Ombak Rindu :

Sinopsis Filem Ombak Rindu 

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz, 
Maya Karin sebagai Izzah, manakala Lisa Surihani (Mila).