Friday, September 30, 2011

Atasi Bintik-Bintik Hitam di Wajah

Ini ade disediakan tips-tips yang mesti korang nak tahu. Macam tagline produk kecantikan, "kejelitaan adalah hak milik setiap insan." . hehe. Tips ni sebenarnye untuk aku jugak yang mempunyai masalah kulit yang agak merimaskan. Jom bace di bawah, macam mane nak dapat kulit yang cantik :)







Ada beberapa jenis masalah yang terdapat pada kulit muka kita, dan yang paling sering kita temui ialah bintik-bintik hitam yang merupakan bintik-bintik hitam yang jelas kelihatan dipermukaan wajah, biasanya terdapat di zon T (sekitar hidung,dahi dan pipi).



Penyebabnya:
Blackhead Remover2 300x250 Bintik Bintik Hitam Di Wajah
  • Bintik-bintik hitam ini terbentuk bila terdapatnya peningkatan aktiviti kelenjar minyak.
  • Pengumpulan minyak dengan kekotoran dan sel-sel kulit mati didalam liang roma yang menyebabkan terbentuknya bintik-bintik hitam dipermukaan iaitu dibahagian yang selalu terdedah kepada udara dan habuk/debu.
  • Ianya menjadi hitam disebabkan oleh proses kimia yang dipanggil “oxidasi”, lalu digelar “blackheads” atau bintik-bintik hitam.


Rawatan:
  • Mesti dilakukan pembersihan secara mendalam.
  • Cuci muka dengan menggunakan pencuci yang sesuai dengan kulit wajah, mula dari susu pembersih kemudian sabun dan disusuli dengan scrub muka.
  • Setelah wajah  dicuci bersih, stim dengan menggunakan tuala/handuk panas.
Caranya:
1)   Letakkan ais panas kedalam besen campur dengan sedikit air biasa, celupkan tuala/handuk kedalamnya dan perah.
2)   Kemudian tekapkan ke muka selama beberapa minit. Buat 2 atau 3 kali.
3)   Kemudian picit bintik-bintik hitam tersebut dengan menggunakan “bleackheads extractor” (besi kecil yang biasa dijual di kedai asesori harganyapun murah saja)

4)   Setelah dipicit, sapukan toner di seluruh wajah untuk menutup kembali liang roma yang telah terbuka.


5)   Jauhi makanan yang kaya dengan minyak/lemak.


Petua Tradisional:
  • Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  • Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  • Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Thursday, September 29, 2011

Biodata NEELOFA














Profil Neelofa (Juara Dewi Remaja 2010)
NAMA PENUH: Noor Neelofa Mohd Noor


TARIKH LAHIR: 10 Februari 1989


ASAL: Pasir Mas, Kelantan


KELUARGA: Anak ketiga daripada sembilan beradik


DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Pakistan-Arab)


PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor


PENCAPAIAN: Juara Dewi Remaja 2010


KOMERSIAL TV: Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree


KLIP VIDEO: Kau Bukan Aku nyanyian kumpulan Tilu


FILEM: Azura (versi baru) terbitan Ace Motion Pictures Sdn Bhd, arahan Aziz M Osman


DRAMA: Kasih Najihah, Tahajud Cinta dan Kitab Cinta kesemuanya arahan Erma Fatima


PENGACARAAN: Paparazzi terbitan KRU Studios, boleh diikuti menerusi www.tonton.com.my dan Sekolahku Hebat siaran Astro Ceria (saluran 611)


ARTIS NAUNGAN: KRU Studios mulai 31 Januari lalu selama setahun 




sumber : ceriterahmad.blogspot






FACEBOOK NEELOFA



GENAP 2 BULAN. rindu semakin kuat.

Opah,

Acik rindu sangat kat Opah. Dah takdapat salam tangan cium pipi Opah. Macam selalu kami buat bile balik kampung jumpe Opah. Dah tak boleh tengok senyuman Opah. Dah takde nasihat-nasihat dari Opah untuk kami. Dah takboleh makan masakan Opah yang sedap tu., walaupun simple, tapi kami akan tambah nasik berpinggan-pinggan. Sebab Opah yang masak.

Opah,

Mase pagi raye aritu, tengah salam-salam semua, semua sebak. Opah takde, duduk kat kerusi tu...sebelah tokwan.. yang macam biase tu.. Acik pun tak boleh tahan air mata ni keluar.. Teringatkan Opah...Umi, Pakteh, Maklong.. semua lah... tak dapat tahan sebak. Dekat surau pun same mase sembahyang raye.. Terbayang-bayang Opah kat saf depan, pusing belakang senyum tengok kami yang ramai kat belakang.. tapi dah takde suasana tu..dah takde...

Opah,

Yuyon dah selamat lahirkan anak die.. lelaki. Muhammad Muhaimin. Sedap kan name tu, comel sangat.. Macam mama die.. tarikh lahir baby pun same dengan acik , angah. Sayangnye, Opah tak sempat nak tatap wajah baby Yuyon dengan Akir.. Along pun dah dapat keje kat KL..rezeki die lepas susah-susah ulang alik Taiping - KL..Alhamdulillah..


Doa acik, semoga Opah tenang di sana. Kami semua akan selalu ingat dengan Opah. Walaupun dah 2 bulan Opah pergi, Opah sentiasa di hati kami.


Al-Fatihah....

Monday, September 26, 2011

Jamuan Raya BSM. MAKAN lagik?? :)

 Acara : Jamuan Hari Raya 2011 Bahagian Sumber manusia (BSM)

Tempat : Bilik Jamuan, Aras 11, KPKT Putrajaya

Mood : Colourful & Ceria


me with IDA :)

Ida & MALA. BFF 

WIth IDA & NAJWA.  BFF jugak :)

 with Kak Midah & MALA

BFF. Najwa Syaheera.voke kedebasss. hehe!

Muke ceria dapat makan ,! * abaikan yg kurang sopan tuh. Hee...

Lagi. Gades-gades BSM. cun meletops u olls~

 Gades-gades BSM aras 12 :)

* COLOURful. I like dis pict.! Nice.

Monday, September 12, 2011

Penyejuk Mata Suami. Bersediakah aku?



Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”
Ya. Penyejuk mata. Suatu perkara yang tidak pernah kita lupa untuk pohon setiap kali kita menadah tangan berdoa. Kenapa Allah Ta’ala suruh kita minta penyejuk mata? Sebabnya, itulah yang bakal menjamin ketenangan dan kebahagiaan kita dalam kehidupan nanti.
Bagaimana kalau nantinya ada isteri, tetapi seringkali menyakitkan hati kita, raut wajahnya langsung tidak mendamaikan kita, tingkah lakunya ada sahaja yang tidak kena di mata kita. Adakah kita akan bahagia?
Bagaimana pula kalau nantinya ada anak. Comel-comel belaka, tetapi wujudnya mereka begitu menyusahkan kita, sikap mereka kerapkali melukakan hati kita, kedegilan mereka selalu sahaja membuatkan kita hilang sabar dan sakit hati sentiasa. Adakah kita beroleh ketenangan?
Tentu sekali tidak.

Lantas, kita dianjurkan supaya berdoa. Minta supaya Allah beri pasangan yang mendamaikan hati dan perasaan kita, serta zuriat yang boleh menjadi penyejuk mata kita. Mudah-mudahan, Allah makbulkan doa dan permintaan kita.
Suatu lontaran untuk para wanita hari ini, khususnya yang belum berumahtangga.
Sedarkah anda, bahawa bakal teman hidup anda setiap hari berdoa supaya anda menjadi penyejuk mata mereka? Sedarkah anda, bahawa mereka tidak pernah melupakan anda dalam setiap doa mereka?
Tidak. Saya tidak maksudkan anda mengenali mereka atau mereka mengenali anda.
Tetapi hakikatnya, mereka mendoakan anda yang bakal hadir dalam hidup mereka suatu ketika nanti. Sayangnya, anda mungkin terlupa lantaran anda tidak kenal siapa mereka. Kerana itu juga, anda kurang mengambil berat tentang persediaan anda untuk menjadi penyejuk mata mereka.

Penyejuk mata?
Sungguh, ia bukan tugas yang mudah. Kalau anda fikir ia akan berhasil dengan anda berhias diri, memakai wangian dan berbaju cantik di hadapan mereka setiap hari, sesungguhnya anda silap sama sekali. Anda harus sedar, ramai sekali golongan cantik dan menawan di luar sana yang gagal untuk menjadi penyejuk mata kepada suami mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka berakhir dengan perceraian. Semoga dijauhkan Allah.

Menjadi penyejuk mata suami, prosesnya bermula hari ini.

Tilik kembali diri anda. Zahiriah dan batiniah. Kedua-duanya.
Pertama sekali, bagaimana hubungan anda dengan Allah? Solat wajib dan sunat. Bacaan al-Quran. Zikir munajat. Selawat serta amalan-amalan yang lain. Berapa peratus yang telah anda capai dan lakukan secara istiqamah? Tahukah anda, faktor paling besar yang menentukan samada anda berjaya atau tidak menjadi penyejuk mata suami adalah; cemerlang atau tidak hubungan anda dengan Allah? Justeru, perbaiki dari sekarang.

Kedua, sikap dan perangai. Carilah seorang kawan yang jujur dan yang anda kira agak rapat serta kenal dengan anda. Sekiranya anda yakin akan kejujurannya, minta pandangannya tentang diri anda, terutama tentang sikap dan perangai. Jika anda dapati diri anda masih dibelenggu sikap meninggi diri, degil, ego yang tinggi, kurang rasa hormat pada orang, suka mengumpat, pemalas dan seribu satu sikap negatif yang lain, maka perkara pertama yang wajib anda buat adalah ; kikis sedaya upaya semua sikap tersebut dari terus melekat dalam diri anda. Percayalah, ia antara faktor yang bakal menggagalkan anda dari menjadi penyejuk mata suami.

Ketiga, lihat balik luaran diri anda. Khususnya pemakaian. Sempurnakah anda dalam menutup aurat? Jika masih selesa bertudung ringkas, berbaju t-shirt lengan sekerat dan berseluar jeans separa ketat, maka percayalah anda bakal bertemu kegagalan. Itupun sekiranya anda mempunyai hasrat untuk bergelar penyejuk mata suami.

Tidak, ini bukan soal suami anda islamik atau tidak, mengambil berat semua perkara itu atau tidak. Ia adalah soal Si Pemberi Ketenangan, iaitu Allah. Kalau Dia tak bagi, siapa lagi yang boleh bagi?
Mudahnya begini. Doa itu kan permintaan kita dengan Allah. Contohnya, kita minta supaya Allah terangkan hati kita supaya mudah belajar. Tetapi kita tidak berhenti dari tabiat suka minum arak. Mana mungkin Allah akan berikan ketenangan itu pada hati kita yang gelap?

Sama juga. Suami minta pada Allah, berikan dia penyejuk mata supaya dia beroleh tenang dalam hidup. Tetapi kita pula melazimi maksiat dan penderhakaan kepada Allah. Aurat kita terdedah setiap hari. Akhlak kita langsung tiada ciri isteri mithali. Hubungan kita dengan Allah lompong di sana sini. Lantas, adakah kita layak untuk menduduki tempat ‘penyejuk mata’ tersebut? Bagaimana pula kita yang jauh dari Tuhan, boleh menjadi penyejuk mata manusia?

Sekadar lontaran buat kaum hawa. Ramai di antara anda mahu menjadi isteri solehah suatu ketika nanti. Tetapi usaha ke arah itu masih lemah. Perbaikilah dari sekarang. Bisikkan ke dalam hati anda setiap hari, bahawa anda bakal menjadi penyejuk mata kepada seorang lelaki yang baik suatu ketika nanti. Lelaki itu pula setiap masa mendoakan anda supaya berjaya menjadi penyejuk mata mereka suatu masa nanti. Besar harapan mereka, sanggupkah anda hancurkan begitu sahaja?

Jadi mulai hari ini, berusahalah untuk menjadi penyejuk mata suami. Sebenarnya, andai anda mampu melaksanakan langkah pertama yang saya sebut di atas ; iaitu memperbaiki hubungan anda dengan Allah, maka anda sebenarnya telah berjaya melepasi separuh masa pertama piala kemenangan untuk bergelar isteri solehah – penyejuk mata suami.

Justeru, selamat berjaya, wahai para penyejuk mata!  ;-)

*Insyaallah. Saya sudah.  :)

Wednesday, September 7, 2011

Besday Girl | Selamat Hari Jadi Zira.!