Friday, June 22, 2012

Musim giler lagu UNTUK DIA. Heyy!! Heyy!!



Untuk Dia, Hey!
Untuk Dia, Hey!
Untuk Dia, Hey!



Comel giler kot MTV nih. Lagu Untuk Dia : Sleeq feat. Najwa Latif .
Tengok komen-komen yang ade kat Youtube tu macam-macam. Tapi ramai yang puji sebenarnya. Sebab apa tau..Najwa dalam ni cute sangat-sangat. Gaya dia selamberrr... Sleeq ni toksah cakap lah. hensem gak, boleh tahan. Hehehe... Gabungan dorang nih tersangatlahh meletopsss! Untuk Dia, Hey! Hehe! Tak jemu nak tengok banyak kali. Najwa nih dah makin up sekarang, dah ramai yang nampak bakat die walaupun dulu dia selalu kena kritik. Bab fesyen tu ok ape...sweet, sopan. Tudung pun simple-simple je. Tu yang okey. Suke dia dari muka buku lagi. Comel. 

Keep it up girl!


Sekian, trimasss!

Wednesday, June 20, 2012

Koleksi H.K.

Sejak pregnant ni murah rezeki.. hehe. dapat macam-macam. leh tambah koleksi yang sedia ada. hehe. Isnin hari tu sampai SkyNet kat opis, kakak yang sulung pos barang. Saje nak bg seprais die takbagitau nak pos ape benda. Bukak-bukak je bungkusan kaler coklat tu....jeng jeng jeng....




Haaaaaaaa.... tu dia, tu dia, tu dia.........
T-shirt plus baju tidur comel peberet aku. HELLO KITTY!!!! T-shirt biru tu kembaq ceq bagi, import khas dari Penang. Yang baju tidur comel sangat tu Along bagi, tokey Butik Baju Online - dressilicioushouse.
Kakak-kakak ku baik pulak siap pos bagai nak kasi kat aku. Maklumlah..nak balik tepeng tu pun jarang sangat dah sekarang. Hubby keje, tak boleh bikin apa daa... sob.sob.sob.....


Yang bawah ni pulak present dari Kelantan, adik ipar & mak mertua ku bagi. ehem,ehem...



Comel kan???? Nampak je kecik dalam gambar nih, tapi sebenarnye besar yang amat. nak peluk pun susah. hik hik hik.! Maka, bertambah lah lagi koleksi-koleksi kesayangan hamba. Hello Kitty comel nih : Sarung handphone, baju tidur, sticker (byk giler), pengasah pensel, keychain2, selipar, bla...bla..bla..

Sekian, terima kasih :p

Thursday, June 7, 2012

Pemakanan Ibu Mengandung



Pemakanan ibu mengandung amat penting untuk perkembangan
bayi dalam kandungan. Buat masa ni (11 Minggu) baru lagi.. tak boleh
nak ikut pemakanan ni sebab ape pun takboleh masuk tekak & perut.. 
huhu.. makan dan muntah balik..taktahu sampai bila baru okeyh. ?? 
Huhu.. Yang mana boleh makan tu mulakan dari awal ye amalan
pemakanan ni. Jom cekidauttt~

Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

* Buah-buahan dan sayur-sayuran
-> Buah : Betik, Tembikai, Labu
-> Sayur : Broccoli, kubis, lobak merah, kentang

* Makanan berkanji 
-> roti, nasi, pasta, ubi kentang.

* Makanan berprotein tinggi
-> Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan

sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

* Makanan berkalsium tinggi - bagus untuk ketahanan gigi ibu dan

pertumbuhan gigi & tulang bayi.
-> Susu, yoghurt, cheese.

* Makanan berserat tinggi - untuk mengelak sembelit
-> Bijirin : Oat
-> Buah : Tembikai, Epal merah, Melon, Buah Naga, Belimbing, Pir Hijau,

Jambu biji Merah, Betik, Avocado hijau, Mangga, Laici, Pisang, Tomato

* Vitamin dan Mineral tambahan - dalam bentuk pil yang akan diberi di

klinik semasa pemeriksaan ibu mengandung. 
Habiskan semua pil yang doktor bagi. :)
-> Asid folik : Untuk perkembangan saraf dan otak bayi
-> Zat Besi : untuk pembentukan sel darah merah (membawa makanan

dari ibu kepada bayi melalui plasenta)
-> Kalsium : untuk pembentukan tulang dan gigi bayi

Sumber : Google :)