Wednesday, December 19, 2012

Persediaan, Penantian :)



This week dah masuk 38 Minggu. Maknanya baby dah cukup matang untuk keluar. Nebes? maunye tak kan.. haha.. Esok (20.12.2012) dah mula bercuti panjang. Rehat kat rumah tunggu masa untuk bersalin. Dah tak larat dahhh nak kerja. Hehe. Setakat ni barang baby and mummy dah ready yang penting-penting je dulu. Yang kemudian tu ramai yang offer nak sponsor *wink *wink :D

Barang yang dah hubby and me beli : Buaian (yg ni saje ngengade nak beli), Tilam berkelambu, Set bedung baby (yg ni senang nak travel), Katil boleh buai baby (yg ni Nenek Semenyih die yg sponsor :D ), Baju-baju, napkin, bla2.... (yg tu pun beli sikit2 tunggu org bagi) muahahaha.! and yg penting Set Bersalin untuk mummy from AMWAY (yg ni my mom support sikit) hehe...Dealer Amway lah katakan :)


14 Minggu :)

37 Minggu :)

Tilam kelambu from Baby and Muslimah Online Store : murah je :)

Yang ni lah set bersalin Amway 2 u : set lengkap RM 200++


Sekarang ni dah banyak kali rase sakit-sakit, so, standby je lah akn..huhu. Nebes tapi tak sabar nak tunggu baby keluar. Tawakal je lah sakit macam mane pun. Hehe. Doakan say dan baby :))

Friday, September 14, 2012

Raya dan makan!

Raya kat opis pulak kali ni.. Rabu lepas Kementerian buat dekat depan opis, kat Dataran Gemilang. Semalam pulak Khamis..Bahagian Sumber Manusia pulak. Serius memang meriah dan best giler!..siap ade pertandingan gerai tercantik mengikut Unit masing-masing. Setiap gerai ade menu yang telah diundi..dan Unit kitorang telah ditugaskan menyediakan menu Ketupat palas, Lemang dan Rendang. Pastu siap ade tema gerai ( Nostalgia Aidilfitri ) memang terbaik sebab gerai kitorang menang hamper nombor 1 kot. Hepy sangat, sekali bosss pon hepy bile kitorang menang sebabnyer dah penat lelah hias gerai dari pagi2..sampai tak sempat nak bekpesss tahu.. huhu...gerai2 lain ade lagi macam-macam menu..Laksa, soto, rojak buah, cocktail lagi..lodeh pun ade...memang tegang perot boyot aku ni lepas makan banyak. haha...


Gambar-gambar memang tak sah kalau takde kannn...hehe











Yang atas ni semua gambar masa Jamuan raya KPKT :))





























Friday, September 7, 2012

Hadiah besday

Yang ni masa raya hari tu, 22 tahun lagi..hehe


Yang ni pulak masa besday umur 5 tahun kat Klang. * tiap2 tahun sambut buat mkn2 dgn family :)



Semalam genap aku dengan kembar umur 23tahun. 6 September 1989 - 6 September 2012. Tahun ni takde sambut-sambut pun, takde kek-kek pun.. Sedih kannnn... first time besday tak boleh nak balik kampung sambut dengan family, dengan kembar sebab tahun ni ade husband. Nak balik kampung pun kena tengok cuti dia. Huhu.. Husband pun keja balik lewat semalam. Naseb baik die wish jugak.Huhu.. Dekat opis je BFF bagi hadiah. Giler comel.! Patung Hello Kitty ade lampu kelip-kelip kat dalam. Thanks a lot yer Cik Izzaida. Serius aku suke sangat-sangat. Bertambah lagi koleksi Hello Kitty aku tu. Hehe...

And satu lagi hadiah yang best adalah.... Pelakon Diana Amir yang cantik sangat bertudung litup tu wish besday kat aku semalam kat Twitter. Huhu...Suke giler...bukan senang retisss nak balas tweet kiteww pun kan..dua kali die reply tweet aku. Thanks a lot sis!! ^_^



Happy birthday sis ♥RT   Salam Cinta hari ni sama tarikh besday saye!! ^_^
 happy birthday mom-to-be...hehe. . moga dpjgkn umo n dprmudahkn sgala urusan.. ;)

Tuesday, August 28, 2012

Riang Ria di Hari Raya 2012 !




Lokasi : Kampung Gelung Pepuyu, Beruas, Perak Darul Ridzuan (Raya Pertama)


































Lokasi : Banting & Melaka :)








*****************************************************************

Pertama kali beraya sebagai isteri orang. hehe! isteri kepada Encik Azri Syafiq yg hensem lagiii cumell. Thanks sebab bagi balik beraya kat kampung Tokwan walaupun sekejap je, asalkan pagi raya, semayang raya, salam-salam pagi raya dengan dorang semua.. Saje nak bagi abang rasa meriah raya kat kampung ummi. Kampung kesayangan kitorang tu... hehe..bestkan??.. :D

Sampai-sampai petang raya sempat tengok dorang siapkan ketupat, bakar lemang. Rutin setiap tahun keluarga haji Che Di. Cuma yang beza lepas arwah Opah meninggal tahun lepas, takde dah dodol dengan cuq neram ( Kuih Peneram/ telinga keling)... tak sempat nak buat.. Malam raya macam biasa, pesta bunga api kat depan rumah. lagi riuh tahun ni sebab ade baby2 comel Aisyah dengan Muhaimin. Seronok layan telatah dorang dua.

And firts time tahun ni pegi semayang raya kelam kabut. Kelakar pun ade, pagi2 raya biasa arwah opah yang akan ingatkan suruh siap cepat..ni tak, masing-masing wat relax je..kan dah lambat pi semayang raya. Haha... Cik abang pun kenyang perut 1 hari ikut pak2 sedara pi makan kat rumah orang. Sampai sakit perut lah banyak hari. hehe..  Pagi2 raya kedua dah gerak balik Melaka pulak.. Ummi abah balik kampung Peringgit, Kitorang dua balik Alor Gajah kampung ayah husband. Nak bagi merasa raya ngan semua sedara, raya ketiga dah gerak pegi Banting pulak raya ngan Nenek husband sebelah Mak. Bercuti kat Pengkalan Balak 3 hari tepi pantai. 

Semestinya tahun ni raya lain dari sebelumnya, tahun lepas seminggu dengan keluarga sendiri..Disebabkan husband kena kerja raya ketiga ngan keempat, banyak hari raya dengan family husband je dekat-dekat sini.. sampai Ummi dengan kembaq toucing lahh sebab raya kejap sangat dengan dorang.. Sorry Ummi..acik kena ikut husband lak tahun ni..tak boleh buat apa :'(
* ni belum lagi first raya takde dengan Ummi, kompem lagi toucing. huhu... 


End of Storyyyy :)