Thursday, March 29, 2012

Cute betul patung ni...Eh! Orang lah...



Pernah tak terberangan nak jadik cute macam awek kat bawah ni. ??Hehe... cute giler kot...macam patung barbie doll.. Serius kalau patung dah memang perfect sangat-sangat. Kalau orang macam ni apetah lagi kan? memang idaman lelaki lah yang suke awek cantik macam ni. Huhu..... Layan gambar awek cute ini :)


    

 

   

    

Sumber : SINI



dan...saya hanya mampu secantik ini mase kahwin je..sobs3~


*org kata macam Ayu Raudhah. hahaha...


Meraikan yang cemerlang kat Opis


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( peringkat Kementerian )
Dewan Kristal, KPKT
Presint 4, Putrajaya
29 Mac 2012
(Urusetia)

Kutip duit gambar, penyusun sijil, gadis dulang = Urusetia belakang tabir. hehe

Minah bunga ke korang ni ha... hee :p

with Puan Julisah

Part best. dapat bgambar dengan Ketua Setiausaha Kementerian. Nak pencen dah... bye2~

yang nih lagi laa... OKB+pekerja cemerlang -Shidah 

Okey. sempat lagi berdrama dengan Jojo. haha

Ida and Shidah

Tuesday, March 27, 2012

Cousin Husband Wedding :)




Hari Jumaat, 23 Mac 2012, gerak pergi Muar.. kampung Kak Lin a.k.a Shiza merangkap Isterinya Zairi a.k.a Ae (sepupu husband) untuk Majlis akad nikah and bersanding mereka. Stay untuk 2 hari 1 malam kat Homestay Villa Idaman. takdelah macam villa sangat. hehehuahua. :p
Tema untuk nikah, kitorang pakai warna Blue bukan biru, and mase hari sanding tu warna kuning ala-ala warna Diraja gitu kan.. hehe.. Nak tengok baju pengantinnye tengok gambar-gambar kat bawah. Cantik nye lah Kak Lin. Seriusly. Sesuai gitu dorang berdua nih.
*jeles tengok dorang sebab husband tak ikut time nih. Kerja lalalala. so, die sorang2 kat rumah and aku sorang2 kt situ dengan family sedara-mara die. huh. kesian kami. kerja lalala yang menjauhkan kami untuk 2 hari. Pedih rase. (ayat nak sedih je kann) haha..

-Kopang dipalu..pengantin lalu. eh. hehe. rindu lak nak dengar lagu tu- ahaks

-Qaisara comeyl-

-Pengantin Lelaki segak berbaju merah-

-Tengok nih..merahnyer makngah.hihihi-

-Kek yg sangat engancam.aww.!-

-Family-

-with Nasya-

(Ini mase nikah)

-rombongan-


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, March 6, 2012

Untungnyerr Puan Lisa..





Sila jelesss dengan dua gambar di bawah :


|
|
|
|
|
                                                                                \./









Errkkk! Gambar Lisa Surihani & husband honeymoon kat Switzerland. Tu tak habis honeymoon lagi tu.. Wahh.... Tapi sweet kot dorang dua ni. Sepadan.

Ni ade lagi Video Post-Wedding dorang yang boleh dikongsikan bersama. Enjoy it.!


Monday, March 5, 2012

Meet My Girlfriend.! Amni~

Ahad lepas member husband ajak keluar. Actually, die nak keluar dengan cik Amni tapi ajak kitorang sekali. Segan katanyaaa.. hek hek hek. Takpelah kann, Amni pun kata bosan. Budak skolah baru daftar Uitm Shah Alam, tak start kelas lagi so, kitorang decide nak bawak die jalan-jalan dekat sini. Keluar pagi pergi Pasar Pagi Ahad dekat Stadium Shah Alam. Dah agak nak ke tengah hari tu, memang matahari terpacak atas kepala, dan sangat lahh panas. Lepas lepak minum-minum kejap gerak pulak pergi Sunway Piramid. Dah taktahu nak hangout kat mane dah kat Shah Alam tu.


Sampai-sampai dekat pukul 1 dah pun. Mak aiii nak carik parking punyelah susah. Penuh, sampai kena parking dekat atas bumbung. Tengok tiket wayang, Arul dengan Amni nak layan Adnan Sempit 2. Disebabkan aku and husband suka itu cerita, kitorang pun tengok skali. Mak aiii... terkejut lagik. tiket RM14 yu... Seat biase je pun. haihh.. Sementara tunggu wayang 4.10, ape lagi.. makan lah. Arul belanja Pizza Hut. Thanks lah sangat. Memang teringin, lama gila kot tak makan Pizza sedap tuh, lain kali belanja mahal lagi..hehehehe..


Ini lah sayang saya, BFF saya, girlfriend saya paling best.! Amni :)


Addicted dengan Hello Kitty, husband belikan. Hehehe.
Tenkiu sayanggg~


Their first date!, :) Amni & Arul


I LOVE YOU

Friday, March 2, 2012

Hari Khamis.

Kenangan mase kenduri cousin


Khamis malam jumaat. Sama hari dengan hari Arwah Opah pergi. 28 Julai 2011. Malam tadi, mimpi arwah. Rindu sangat-sangat lah tu.. Memang dah lame nak mimpi, nak jumpe Opah tersayang. Malam tadi bru tertunai. Mase ramai-ramai, semua cucu, cicit Opah ade.. nampak Opah tengah baring atas katil, Opah ajak tidur sekali, Opah peluk. Muka Opah senyum je.. Kitorang semua tengah seronok main, sembang-sembang. Ade yang teman Opah kat tepi katil tu. Opah tak nampak sakit pun.. Tapi Opah takde cakap ape-ape. Rindu nak dengar suara Opah. 

Hurmm.. Dah lame sangat tak jenguk kampung. Tak jenguk rumah Opah. Tapi kalau balik, teringat kenangan dengan Opah kat situ, mesti lagi sedih. Nak pergi ziarah kubur Opah.. Nak bacekan Yaasin dekat situ nanti. Kalau berkesempatan acik pergi ziarah Opah ye.. acik rindu sangat. Jumpe dalam mimpi dah terubat sikit rindu nih.. Bangun pagi tadi, tengah mandi teringat yang acik dah jumpe Opah dalam mimpi malam tadi. Acik senyum sampai pejabat. Seronok walaupun sekejap Opah muncul tapi acik akan ingat mimpi tu. 


Sangat dihormati orang Kampung Gelung Pepuyu.
*Arwah Opah pandai berzanji & marhaban


Semoga Opah tenang di sana. Kami kat sini sentiasa akan rindu kan Opah.
Al- Fatihah....   :'(