Monday, June 22, 2015

KELEBIHAN BERSAHUR PADA BULAN RAMADAN







*

"Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur."
 (HR al-Tirmizi)


Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana 
sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." 
(HR Bukhari) 

"Bersahur itu adalah makan yang berkat. Maka jangan kalian 
meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kalian hanya meneguk 
seteguk air. Maka sesungguhnya Allah Ta’ala dan malaikatNya berselawat 
ke atas orang-orang yang bersahur." (HR. Imam Ahmad)

"Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." 
(HR. Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)



Nabi Muhammad S.A.W Bersabda:

1. Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
2. Hendaklah kamu bersahur kerana ia adalah makanan yang berkat
3. Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada 
siang hari dan qailulah pada siang hari ( sebelum Zohor ) boleh memberi 
kekuatan untuk qiamullail
4. Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur
5. Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka 
menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur

Kelebihan Bersahur Di Bulan Ramadhan

-Amalan bersahur dapat  memberi kekuatan  kepada orang yang 
berpuasa pada siang hari nanti
-Melalui bersahur , ia akan membekalkan tenaga buat kita sepanjang kita 
menjalani ibadat puasa pada waktu siang
-Bersahur akan mendapat pahala kerana ia adalah ibadat sunat dan menjadi
sunnah Rasulullah S.A.W
-Sahur adalah amalan sunat yang berkat
-Orang yang bersahur , akan mendapat ganjaran pahala di mana Allah akan 
merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan 
mendoakannya
-Amalan bersahur juga yang membezakan puasa Muslim daripada puasa dalam 
agama lain  seperti Yahudi
-Penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa . Kerana itu juga umat Islam 
digalakkan untuk bangun sahur
-Amalan bersahur juga akan memberi peluang kepada para muslim untuk 
bangun beribadah kepada Allah S.W.T pada malam hari khususnya 2/3 malam
-Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada 
Allah S.W.T.

Ssahur Di Bulan Ramadhan

Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma . Wallahualam .



Ini sahur pilihan saya..bersama Nasi/ Roti + Kurma + 
Minuman Koko + ESP


Bukan sahaja memberi tenaga, memberi rasa kenyang lebih lama..malah juga 
berperanan sebagai MILKBOOSTER bagi Ibu menyusu seperti saya. 
Sangat-sangat membantu. Pengguna tegar ESP sejak 2013! 

  

Berminat dengan produk SHAKLEE?

Hubungi saya, Zyra
whatsapp/sms/ call : 01132368153

Facebook page :

Instagram:

COD Putrajaya/ Taiping/ Semenyih
Shaklee Independent Distributor
ID 1181515

Wednesday, June 17, 2015

TIPS ELAK KURANG AIR DALAM BADAN KETIKA BERPUASA




Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air dalam sehari. Seringkali semasa berpuasa, kita gagal mencukupkan kuantiti air yang diperlukan kerana kita hanya boleh minum pada waktu malam. Pada keesokan harinya, badan akan merasa lesu akibat kekurangan air. 



Bagaimana untuk memastikan keperluan air yang mencukupi di dalam badan sepanjang tempoh berpuasa?

  1. Fiber akan membantu badan merasa kenyang lebih lama. Di samping itu, fiber juga akan membantu badan mencerna air dengan lebih lambat dan perlahan-lahan. Makan banyak fiber semasa bersahur. Antara yang boleh diamalkan ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia akan mencegah badan dari kekeringan.
  2. Apabila tiba-tiba merasa haus, tumpukan minda kepada ibadah puasa yang sedang dijalani. Banyakkan membaca Al-Quran, mudah-mudahan perasaan haus akan beransur-ansur hilang.
  3. Minum air secukupnya semasa berbuka puasa dan juga semasa bersahur untuk menggantikan cecair badan yang hilang daripada badan.
  4. Kurangkan makan makanan masin sewaktu bersahur. Makanan masin membuatkan kamu lebih haus sewaktu berpuasa
  5. Ubah cara pengambilan hidangan. Lebihkan minuman dan bukannya makanan.
  6. Minum minuman yang membantu menghilangkan dahaga seperti jus buah atau minuman yoghurt. Minuman berkarbonat akan membuat kamu lebih haus.
  7. Minum air kosong dengan banyak. Kurangkan teh, kopi dan minuman berkoko.





RASA OREN YANG SEDAP!!





*suplemen Performance Drink membantu mengelak dehidrasi dalam badan dan memberi tenaga.




Berminat dengan produk SHAKLEE?

Hubungi saya, Zyra
whatsapp/sms/ call : 01132368153

Facebook page :

Instagram:

COD Putrajaya/ Taiping/ Semenyih
Shaklee Independent Distributor
ID 1181515








Sunday, June 14, 2015

Tanda Kekurangan Kalsium!



Penyakit Akibat Kekurangan Kalsium | pengertian kalsium - Kesan kekurangan kalsium tidak hanya membuat tulang Osteoporosis atau tulang rapuh
, tetapi banyak kesan lainnya bagi kesihatan tubuh kita. Ketahui ke 12 kesan buruknya .

Akibat Kekurangan Kalsium:

 Nyeri punggung atau pinggang
 Tulang rentan
mengalami keretakan Kuku rapuh
Sering sakit gigi atau gigi berlubang
Sering kram di bagian kaki
Sakit kepala
Degupan jantung menjadi lebih cepat
Tekanan darah tinggi
 Insomnia
Nyeri sendi
Gugup, cemas, mudah marah
Sementara khusus wanita, masa menstruasinya lebih lama


Makanan kaya kalsium:

 Meskipun produk susu sering disebut sebagai sumber kalsium terbaik, sayang tidak semua orang mampu mengonsumsinya. Jika Anda juga demikian, ada beberapa pilihan makanan yang kaya kalsium selain susu, iaitu almond, brokoli, wortel, sayuran berdaun hijau, kale, tahu, dan susu kedelai.


 *Suplemen kalsium Sumber kalsium lain bisa didapat dari suplemen. Namun pastikan suplemen tersebut bebas pewarna dan senyawa kimia yang berbahaya. Demikian berbagai informasi mengenai tanda tubuh kekurangan kalsium dan dari mana kalsium bisa didapat selain dalam produk susu.







OsteMatrix
•Membekalkan nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi

•Sebiji ostematrix bersamaan dengan segelas susu tinggi kalsium

•Melambatkan degradasi rawan
•Mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
•Bertindak sebagai pelincir pada sendi- sendi agar dapat bergerak lebih bebas



Berminat dengan produk SHAKLEE?

Hubungi saya, Zyra
whatsapp/sms/ call : 01132368153

Facebook page :

Instagram:

COD Putrajaya/ Taiping/ Semenyih
Shaklee Independent Distributor
ID 1181515

Thursday, June 11, 2015

PERSEDIAAN MENYAMBUT BULAN RAMADAN


* TIPS PERSEDIAAN FIZIKAL SEBELUM DAN SEMASA BERPUASA


#ramadancontdown

Subhanallah.. kejap je rasa puasa tahun lepas.. minggu depan Ramadan kembali lagi.. bersediakah kita?
Fizikal kena kuat.. dalaman pun kena kuat,, tambah-tambah lagi bagi Ibu hamil..Ibu menyusu.. banyak dugaan..
dengan susu drop nye..cepat lapar dan haus.



TIP KEKAL CERGAS PADA BULAN PUASA

Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.
  • Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
  • Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fi zikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
  • Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
  • Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.

TABIAT MAKAN YANG PERLU DIELAKKAN

Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.
  • Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
  • Kurangkan makanan tinggi gula.
  • Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
  • Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
  • Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.

TIP MENINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT

Kesesuaian makanan yang mengandungi tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti atau biskut wholemeal dan kekacang kurang diambil pada bulan puasa. Ini kerana, makanan ini biasanya kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan makanan lain yang dijual di pasar Ramadhan.
Namun begitu, pengambilan serat adalah penting untuk mencegah masalah sembelit terutamanya di bulan puasa. Sayur juga boleh memberi rasa kenyang dan boleh membantu mengawal berat badan. Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dijadikan sebagai hidangan yang berkhasiat. Berikut adalah panduan untuk meningkatkan pengambilan serat:
  • Sewaktu berbuka puasa, makan tiga biji buah kurma, setengah cawan jus buah tanpa gula, satu mangkuk sup sayur campur serta1 atau 2 keping roti tinggi serat.
  • Ketika makan malam, ambil sayur campur dan sebiji buah berserta makanan yang lain.
  • Ambil buah-buahan sebagai makanan lewat malam.
  • Bersahurlah dengan bijirin sarapan seperti oats, sup sayur ataupun buah-buahan.
  • Tambah kekacang seperti kacang dhal, kacang kuda, kacang soya atau kacang pis ke dalam masakan.

TIP MENINGKATKAN PENGAMBILAN AIR

Walaupun berpuasa, kita perlu minum 6-8 gelas air sehari. Air penting untuk fungsi badan yang sempurna selain mencegah sembelit. Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan keletihan. Jika boleh, utamakan air kosong. Namun begitu, anda juga boleh minum jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak. Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan.
Selain daripada minum air, anda juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur. Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengambilan air:
  • Minum dua gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak.
  • Minum 2-3 gelas air sebelum tidur.
  • Minum dua gelas air sewaktu bersahur



Mengikut pengalaman Zyra puasa pula masa hamil Naufal dan Safwan..masa menyusukan Naufal.. sangat-sangat mencabar! Yelah kan..berkerja lagi..uruskan rumah lagi.. So, mana-mana yang baru pertama kali tu boleh ikut sedikit tips mengikut pengalaman sendiri.


1. Sahur kena makan nasi, kurma, minum minuman kalsium (milo/susu/ horlicks) supaya bertenaga dan susu tetap banyak. Air kosong jangan tinggal masa sahur! Kalau tak kurang air dalam badan!

2. Kena positif dan kuat semangat! Ingatkan diri supaya tak lemah untuk berpuasa sepanjang Ramadan.

3. Untuk suplemen..Zyra amalkan minum ESP dan Alfafa Complex ketika bersahur dan ketika berbuka/ malam . Supaya membantu untuk susu badan sentiasa banyak dan kenyang tahan lebih lama. Yang penting, ESP membantu memberi tenaga berterusan!!

4. Amalkan Mealshakes dan Performance Drink untuk elakkan dehidrasi (kurang air dalam badan.











Berminat dengan produk SHAKLEE?

Hubungi saya, Zyra
whatsapp/sms/ call : 01132368153

Facebook page :

Instagram:

COD Putrajaya/ Taiping/ Semenyih
Shaklee Independent Distributor
ID 1181515






Wednesday, June 10, 2015

Buah Oren Dan Vitamin C




Khasiat dan Kelebihan Buah Oren

Anda suka makan buah oren atau minum jus oren? Kalau ya, artikel ini pasti menggembirakan anda. Oren merupakan buah yang sangat popular, mudah diperolehi, dan harganya juga tidak terlalu mahal.

Buah yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia ternyata mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan pencegahan penyakit. Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal. Malah, khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser.

Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.

Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang lebih lama. Dengan mengambil sebiji oren bersaiz sederhana dalam diet harian, anda memperolehi serat makanan kira-kira 30g. Jumlah ini sudah mencukupi keperluan harian tubuh badan (jumlah yang disarankan ialah sekitar 25 g sehari).

Antioksidan yang sangat baik
Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut air ini memainkan peranan dalam proses pembentukan kolagen yang merupakan komponen dasar pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan. Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.





Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia. Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.

Secara signifikan, hasil penelitian terbaru ini menunjukkan bahawa penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat). Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.

Tingkat pengambilan makanan dengan kandungan folat yang tinggi, seperti oren segar atau dalam bentuk jus, akan meningkatkan kadar folat. Peningkatan kadar folat akan menurunkan kadar ‘homocystein’, yang merupakan racun bagi dinding pembuluh darah. Dengan menurunnya kadar ‘homocystein’, risiko penyakit kardiovaskular juga menurun.

Vitamin C dalam buah- buahan, termasuk oren secara ilmiah juga boleh dijelaskan peranan positifnya dalam memberikan perlindungan tubuh terhadap kanser. Oren merupakan salah satu buah yang memiliki ejen perlindungan terhadap kanser yang tinggi. Malah ia lebih bagus daripada vitamin C yang diambil dalam bentuk tablet.

Untuk memelihara kesihatan dan menjaga keperluan vitamin C dalam tubuh badan, anda disarankan supaya mengambil vitamin C sebanyak 30 – 100 mg setiap hari. Keperluan ini sudah mencukupi dengan sebiji oren bersaiz sederhana kerana ia mengandungi sekitar 70 mg vitamin C. Anda juga boleh menikmati segelas (sekitar 225 ml) jus oren pada setiap hari jika tidak mahu makan oren dengan begitu sahaja.

Kulit pun cantik
Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan kulit. Ini kerana vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat.


Berminat dengan produk SHAKLEE?

Hubungi saya, Zyra
whatsapp/sms/ call : 01132368153

Facebook page :

Instagram:

COD Putrajaya/ Taiping/ Semenyih
Shaklee Independent Distributor
ID 1181515

Friday, June 5, 2015

Tips Anak Kurang Selera Makan



Pernahkah kita mengalami situasi anak sudah hilang selera untuk makan? Sebagai ibu sudah tentu kita berasa rungsing kerana anak kecil memerlukan makanan yang berzat semasa proses pembesaran. Tapi yang menghairankan bila disua jajan atau makanan ringan laju sahaja mereka makan. Nasi, ikan, ayam dan sayur sudah tidak menggiurkan lagi.  Mesti ada tak kena ni. Macam mana kita nak atasi masalah anak kurang selera makan ni?


  • Makan bersama-sama. anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
  • Jangan memaksa anak makan. Ia akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak akan terus membenci dan merasakan ianya satu penyeksaan.
  • Offer anak-anak makan semasa mereka lapar dan tenang. Jangan tunggu terlalu lapar.
  • Cipta suasana waktu makan yang menggembirakan.
  • Untuk mencuba makanan baru, campurkan dengan makanan kesukaan anak-anak.
  • Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. Buat corak, hiaskan dengan comel mengikut kreativiti.
  • Elakkan makanan snek dan makanan ringan, terutama sebelum tiba waktu makan. MSG dalam makanan ringan akan hilangkan selera anak terhadap masakan yang bebas MSG.
  • Elakkan juga makanan tenusu ketika hampir tiba waktu makan, bagi mengelakkan anak kekenyangan ketika waktu makan.
  • Galakkan anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. Contohnya, bawa pinggan ke meja, letak sudu dalam mangkuk. Kalau ada anak yang besar sikit, boleh tolong potong-potong.
  • Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak.
  • Sekali sekala ajak anak makan dengan rakan sebaya atau saudara sebaya kerana anak sukakan suasana makan beramai-ramai.
  • Biarkan anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah.
  • Tanya pendapat anak tentang menu yang diingini.
  • Jika susah-susah sangat, saya cadangkan ibu yang mengalami masalah anak kurang selera makan untuk memberi Mealshake Shaklee. Alhamdulillah anak-anak saya yang sebelum ini agak liat hendak makan akhirnya tidak lagi menolak pelawaan untuk makan.


Naufal. Sihat membesar bagaikan juara! Ibu bagi dia Mealshake + Omega Guard sejak umur setahun sebab selalu demam. Lepas consume dua ni.. Alhamdulillah. Sangat jarang nak kena demam.. Sekarang ni dah masuk 2 Tahun.. bagi Chewable Vita C pulak. Rasa masam-masam Oren. Kalau Vitalea for Children pulak rasa anggur yang sedap! budak2 mesti suka!



Antara Suplemen dan Vitamin Yang boleh diberikan untuk anak-anak kita

  • Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.
  • Kanak-kanak 1-3 tahun –  MEALSHAKE & OMEGAGUARD.
  • Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKE/VITA-LEA FOR CHIDREN, OMEGAGUARD, CHEWABLE VITA-C.


Jom lihat apakah khasiat vitamin-vitamin berkenaan....

Meal Shakes
  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
  • sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua
Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.
  

OmegaGuard
  • # Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • # Meningkatkan sistem imunisasi
  • # Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • # Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.
  
Chewable Vita-C @ 100mg
Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

Vita-Lea® for Children Chewable
  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B






Berminat dengan produk SHAKLEE?

Hubungi saya, Zyra
whatsapp/sms/ call : 01132368153

Facebook page :

Instagram:

COD Putrajaya/ Taiping/ Semenyih
Shaklee Independent Distributor
ID 1181515



Thursday, June 4, 2015

APA ITU GRAPE SEED EXTRACT DALAM VITA-E COMPLEX?



Pernah dengar Grape Seed Extract?





Grape Seed Extract mengandungi phytonutrien istimewa yang ditemui pada buah anggur yang dinamakan Polyphenols. Pada tahun 1985, Prof Jacques menemui polyphenols yang terdapat di dalam buah anggur dan bijinya mempunyai lebih Oligomere Proanthrocyanidin (OPC) berbanding daripada phytonutrient yang lain. Keistimewaan itulah yang menjadikan minyak biji anggur cukup popular di negara beriklim sejuk. Ini kerana ia juga dikenalpasti sebagai produk dari sumber alam semulajadi yang mampu mencegah atau menyekat tumbesaran tumor atau ketumbuhan, antisclerosis dan merangsang keupayaan sel-sel.












Apa itu OPC?
• OPC’s ialah antioksida yang utama dan penting
• Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
• Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan
18.4 kali lebih kuat dari Vitamin C
• Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel. 
Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakan bahan antioksida 
dan unsur semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC 
diklasifikasikan dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid 
dan flavanol istimewa. Di dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak 
bertoksid. Di samping itu, OPC amat kaya dengan protein terutamanya 
kalogen yang menjadi bahan utama terhadap pembentukan sel dan tisu. 
Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali 
lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan, berbanding 
tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur. Pengambilan 
OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna. 
Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 
150 mg sehari.



TAHUKAH ANDA?

• kelebihan anggur juga turut termuat di dalam At-Tibb
An Nabawi (Perubatan Nabi), yang menyatakan bahawa anggur
adalah sebaik-baik buah dan yang paling banyak manfaatnya.
• Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan
sel DNA manusia
• Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi
untuk membantu sistem tubuh manusia
• Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol
• Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
• Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh
serta daya tahan
terhadap serangan penyakit
• Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
• Menghalang pembengkakan dan keradangan
• Melancarkan perjalanan darah
• Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita
yang hampir monopous
• Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
• Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu
• Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di
dalam kandungan
• Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan
pelindung kepada alahan
• Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan
dinding kapilari darah
• Ianya berfungsi sebagai buah, minuman dan juga ubat.
• Tidak hairanlah jika di dalam Al-Quran disebut sebanyak 11 tempat
mengenai buah anggur.






Berminat dengan produk SHAKLEE?

Hubungi saya, Zyra
whatsapp/sms/ call : 01132368153

Facebook page :

Instagram:

COD Putrajaya/ Taiping/ Semenyih
Shaklee Independent Distributor
ID 1181515