Friday, August 26, 2011

First Time Jumpe Wardina Safiyyah. ouh!

25 Ogos 2011, 11 pagi, ketibaan Puan Wardina Safiyyah ke KPKT. Tergamam, terkedu, terkezut macam tak percaya dapat face to face dengan si cantik manis nih. Kak Wardina dtg untuk bagi talk / ceramah mengenai perjalanan hidup beliau sempena bulan Ramadhan ni. Best sangat-sangat. Beliau sangat humble, sporting dan peramah. Yang penting, cantik betul. Kurniaan Allah. Hehe.  






the best moment.!



Terima Kasih Kak Wardina.!
Lawat page beliau di SINI

Tuesday, August 23, 2011

Tiga Kata Untuk Kamu :)





Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu

Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru

Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
Chorus
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu

Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru

Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Ditakdirkan berpisah
Ulang Chorus
(Rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan dengan mereka di sisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga mempunyai bahu sedia untuk kita bersandar
Pejamkan matamu
Lihatlah di hatimu semua kasih terhimpun dibiarkan terkurung
Jadi luahkan sekarang luahkan
Ulang Chorus
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta kamu
Katakan ci ci cinta
Ci ci cinta (Aku cinta padamu)
Wo ai ni
I love you





*for my future husband - A.S.A.



Monday, August 22, 2011

Tafsir Dari Segi Raut Muka


*** Bentuk wajah
Panjang dan tirus: Mereka yang memiliki bentuk wajah seperti ini umumnya bersifat sabar dan memiliki keteguhan hati. Mereka juga memiliki peribadi menarik dan tidak suka menangguh kerja.
Bulat: Bentuk mukanya yang bulat menandakan dia seorang yang mempunyai kekuatan diri dan harapan tinggi. Dirinya gemar perhatian dan mampu mengubah suasana kaku kepada keadaan yang penuh gelak tawa.
Lebar: Dia bersikap toleransi, mudah sedih dan mempunyai wawasan yang luas.
Bersegi: Memiliki keinginan yang kuat dalam mencapai segala impian. Pemilik wajah seperti ini tergolong mereka yang suka duduk diam.
*** Dahi
Licin: Jenis seorang yang kuat memikirkan sesuatu dan cepat membuat keputusan.
Berkerut: Apabila kerutan dahinya tampak garis-garis horizontal, ia menunjukkan individu tersebut bersikap cepat marah tetapi memiliki karisma yang tinggi.
*** Mata
Tegang: Apabila terdapat bahagian putih mata di antara iris atau selaput dan bahagian bawah kelopak mata pada kedua-mata mata, itu menunjukkan individu tersebut sedang tertekan dan begitu khuatir.
Menentang: Apabila bahagian putih terlihat di bahagian atas iris, ia bererti selain tertekan individu tersebut juga mempunyai sikap ‘gatal’.
Terpisah: Apabila bahagian putih kelihatan di sekeliling iris, lebih baik anda hindari individu seperti ini. Ia menunjukkan jiwa mereka tidak stabil dan cepat marah.
*** Alis
Lurus: Alis mata berbentuk horizontal menunjukkan dia seorang yang gagah dan gemar berdebat.
Melengkung: Apabila memiliki bentuk alis mata yang melengkung, individu tersebut tergolong dalam kalangan mereka yang suka berjenaka.
Tipis: Seorang yang kurang mempercayai diri sendiri terutama apabila alis mata agak ke atas dan melengkung.
Menyambung: Apabila melihat alis mata yang menyambung, bererti anda sedang berhadapan dengan seorang pemikir dan dapat berkongsi manfaat dengan memberikan semangat kepada mereka.
*** Kelopak mata
Kecil: Apabila jarak antara bahagian atas kelopak mata dan bulu mata kelihatan terlalu dekat, ia menunjukkan individu tersebut begitu peka dan dapat memelihara jarak perhubungan dengan orang lain.
Lebar: Kelopak mata bersaiz lebar menandakan pemiliknya memiliki sifat yang terlalu mengharapkan bantuan orang lain.
*** Hidung
Kecil: Orang yang berhidung kecil umumnya memiliki sikap yang lemah. Dia juga seringkali tiada kekuatan untuk diri sendiri dan fikirannya selalu berubah-ubah.
Besar: Hidung besar menandakan individu itu mempunyai inisiatif, mantap serta memiliki karakter yang kuat.
Leper atau penyek: Hidung yang besar tetapi leper biasanya milik seorang yang tidak kaku dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Mereka hanya percaya pada diri sendiri, mudah bergaul dan bersikap berani.
Mancung: Biasanya mereka mempunyai sifat berterus terang dan agak pedas ketika berbicara. Mengagumi diri sendiri, sukar untuk membuat keputusan dan peka terhadap sesuatu perkara.
*** Telinga
Kecil: Biasanya individu ini sentiasa berasa tidak aman tetapi pada umumnya tahu apa yang mereka inginkan. Individu ini juga tergolong dalam kalangan mereka yang kuat bekerja keras.
Tajam: Bersifat kaku dan tidak santai.
Telinga yang berambut: Pemiliknya bersifat cermat dan teliti. Namun, waktu dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk hal-hal yang tidak penting.
*** Dagu dan rahang
Rahang bersegi: Bersifat keras dan memiliki kemampuan untuk membuatkan segala impian yang diinginkan menjadi kenyataan.
Dagu yang menonjol keluar atau runcing: Merasakan dirinya penting dan selalu bercakap benar. Menurut pendapatnya, tidak seorang pun yang benar kecuali dirinya.
*** Pipi
Lesung pipi: Selain membuat individu tersebut tampak menarik, lesung pipi juga menjadi simbol keserasian pemiliknya.
*** Bibir
Tebal: Bersifat murah hati dan senang membicarakan tentang dirinya sendiri.
Tipis: Apabila bentuk bibirnya tipis dan bulat, ia menjadi tanda keperibadian yang tertutup dan peka.
Bibir atas tipis dan bibir bawah tebal: Menunjukkan individu ini jenis seorang yang meyakinkan dalam segala perbicaraa

Monday, August 15, 2011

Cintaku Hanya Untuk Suami



Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya akan menjadi milikmu seorang. Aku tidak akan merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang di kecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu..bakal suamiku.
Ya Allah..
Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,
Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan perkahwinan,

Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,
Maka pisahkalah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan Islam..Ameen

* Mudah-mudahan dapat menjadi isteri terbaik buat bakal suamiku, isteri yang solehah.. aminn... :)

Saya & Kereta

Muke FOKUS.


First time bawak kete kat highway, tapi kejap je. test try. Manual pulak tu. Fobia nak bawak sebenarnye, takot mati henjen tengah-tengah jalan. Amik test JPJ pun sampai 3 kali . Maw tak fobia. huhu. Tapi try test semalam ok lah kot. Just nak main gear tu kene mahir lagi. Kalau tak, taktaw pe jadik tengah jalan. Hehe. Taktipu, tengok gambar atas, kat highway tu. Betul punya. :D

Friday, August 12, 2011

Hari Keduabelas Puasa, KFC jom!

Gambar ehsan  Google


Mesti terliurkan bile tgk ayam goreng yg sedap giler nih. hehe. Bulan puase ni mcam biase lah, nafsu makan membuak2, ready duit je kan. So, sejak pindah Putrajaya nih kitorang semua tak nampak bayang fast food lagi dah, nak taknak kene merantau pegi Alamanda kalau nak makan. Dulu keluar ofis pun dah boleh bau Ayam KFC, McD lah, Pizza lah. Ofis sekarang leh bau nasik campur je lah. Tu pun kene menapak selang 3 buah bangunan dulu coz cafe KPKT tak bukak2 lagik. Kecik pulak tu. Macam mane lah time dah bukak nanti mesti sesak macam pasar malam. Haha.

Demi nak melayan tunang mengidam KFC nih, kene lah cik abg syg dtg amik kitorang pegi makan. Alamanda lah kan mane lagi, tup-tup pegi memang Full charger. Penuh dengan manusia2 yg mengidam macam aku. Tak bernasib baik nak makan kat situ, so, tukar plan pegi jugak carik kat Serdang. Alhamdulillah, sampai2 ade tempat duduk, tak penuh lagi. Beli2 terus duduk n tepat2 time berbuka. Set SNACK PLATE for me!  Servis pun Okey. Gud Job korang2 staff KFC Sri Serdang . Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang perut suka hati :)


<3 u abg! *-^


Nikita Willy - Lebih dari Indah

Wednesday, August 10, 2011

# Wordless Wednesday

Gambar unit untuk dimasukkan dalam Buletin Bahagian Sumber Manusia. tak sempat mekap or melaram sebab tetibe je kene amik. nah, amek kaw.! Jagan gelak sebab unit ni memang penuh dengan tertib sebab tu nampak cam skema je. hehe. Name pun Unit pengurusan Prestasi dan Tatatertib. ngeh3,,,, tapi yang penting semua ayu gitu. :^_^



Dari kiri, Zyra, Eja, cik Ina, Pn. Nani, Pn. Nurul, Cik Linda, Shidah, Ida( bawah)
Tiada dalam gambar : cik Hanna & Hadi (kumbang de sorang je) :D

Tuesday, August 9, 2011

Alhamdulillah. Rezeki lagi~

Malam tadi berita gembira buat semua kakitangan/ penjawat awam && pesara kerajaan. Bonus untuk setengah bulan gaji. Cukup bersyukur. Rezeki Allah nak bagi, terima je berapa yang dapat. Ringan sikit beban kitorang semua, Especially, my Mom. Boleh Ummi guna duit tu tpup2 mane yang patut kan. Anak Ummi ramai, belanje banyak. Nanti acik bagi duit raye kat Ummi, kat acik Ummi tak payah bagi Okey.! hee.. Thanx PM.! Alhamdulillah again~


Lebih info klik SINI

Monday, August 8, 2011

Happy Bitrhday !

3 Ogos 2011. Citer ni dh dekat seminggu kan. dah berhabuk sikit. hehe. tapi nak post jugak sebab majlis hari tu adalah majlis hari lahir Bakal mak mertua sayer.. hehe. Puan Zaidah Binti Hashim. Luv u acik!. -sory takde presen.. hehe. :D

Okey, kitorang selebrate kat CT CAFE.  Belakang Jusco EON Selatan dekat Balakong tu je. Ramai family cik abg syg yang join. Cik Nani (Kembar bakal mak mertua) with family, Atok, Nenek, sepupu sepapat cik abg syg. yg best masing2 bawak mataher (mata air) sekali. meriah dengan warna warni baju kitorang. HAHA.
Cik adek syeera pulak nak jugek inteprem, balik dari Jengka ke KL petang tu jugak. hehe. Cayalah lu... :p











Monday, August 1, 2011

Kesedihan menyambut Puasa





. 28/7/2011 .Beruas, Perak
Opah pergi meninggalkan kami semua pada jam 11.47 pagi
Disahkan menghidap Acute Leukimia pada 21/7/2011. Seminggu je dapat bertahan sebab arwah taknak susahkan anak-anak. Yuyon je tak sempat balik jumpe arwah mase kat hospital. Sanggup drive sorang2 dengan perut yang sarat mengandung dari Batu Pahat- Kampung, nak balik ziarah kubur arwah hari yang sama. 3 hari berturut-turut buat kenduri tahlil untuk arwah. Terase macam arwah ade lagi dalam rumah tu, kat mane2 terbayang wajah dan suara arwah. Macam kenduri biase je. Ya Allah... bukan aku jer, semua anak, cucu, cicit, menantu, cucu menantu & bakal cucu menantu.. rase yang same. Yang si kecik pun rindu kat arwah Opah & nenek dorang tu.. 


Semalam sebelum balik kemas ape yang patut sebab taknak tinggalkan rumah macam tu je. Tokwan ikot makjang balik Taiping, tapi katanya lepas raye nak balik rumah yang banyak kenangan tu. Tapi kami semua risaukan kesihatan die yang tak menentu. Termenung je lepas arwah pergi.. dah takde yang nak bising2 kat die lagi sebab suke loyer buruk. Kesian tokwan, merah je mate tu.. Tapi tokwan kuat sebab anak-anak, cucu-cucu die bg support. Kemas-kemas barang arwah, masing-masing amik satu dua barang (baju kurung, baju kedah& kain batik) yang selelu arwah pakai. Buat kenangan & buat peluk mase tidur. Sekurang-kurangnye dapat mengubat rindu kat arwah. 

Opah, kami semua akan rindu dan sayang Opah selamanya. Opah sentiase dihati kami walaupun terpisah jasad. Masih terbayang wajah Opah yang suci dan tersnyum saat acik kucup dahi Opah buat kali terakhir. Masih terngiang-ngiang suara Opah. Hanya Al-Fatihah & Yassin dapat kami sedekahkan pada Opah di sana. 

* Acik & semua sayang Opah & Rindu Opah sangat-sangat. Semoga tenang disana.


AL-FATIHAH   :'(