Thursday, October 27, 2011

Ala-Ala PHOTOSHOOT. berangan .





Model-model majalah KPKT. Haha. #berangan lah kau
Ni mase abang Rosli nak test kamera baru. DSLR baru die. Bukan koman2 nyer kamera tahu. Kena pulak model tangkap muat yang baju kecik-kecik tak muat nak pakai. *merepek

Sape2 yang beminat untuk mereka ini dijadikan model, sila contact saya. Tempahan masih avalaible. Okey, yang baju merah hati tu reject awal2, taklayak lah. haha.!








Tuesday, October 25, 2011

My Sister's Convocation Day.!

Dah dekat 3minggu punye kisah tapi still tak berhabuk. Hehe. Along konvo kat PICC. 9 Oktober 2011 lepas. UniKL punye. ramai giler kot orang. Penat tunggu die habis. Anyway, aku bangga kakak-kakak aku dah grade, dah habis study and aku jeles dengan dorang. huhu...Congrats eh Along ku gedix. Haha. this week, serbu UiTM Shah Alam pulak, my twin Angah konvo kat sane. huh. Aku yg excited. heee.......... 



Stay di Mardi, Serdang. Thanx my FIL. hee. best.!

My HERO! Ayie & Syami tak ikot lak :)

With My LOVE. My Twin.



PICC

 His family with my Along :)

 Lovely Couple

My Debab. AIMAN.

Siblingsss. Yg hujung tu coming soon jadik siblings jugak. Syeera

Me with her. Along!

Sisters!!!

With my sayang.. My lil sis Syeera

Tokwan punye Peace. ade style! Hehe

My Love Abah & Tokwan. Arwah Opah je tak sempat tengok Along konvo....... :'(

My Family... time nih family parents abg syg keluar kejap. Syeera kene tinggal. Hehe

My Debabsss. kene tambah 's' coz dua2 Aiman . My sayangss... :)

With lil cute Dayang. -rumah cik :)




* terasa bile arwah Opah dah takde. tak dapat nak datang sekali. Kalau tak, arwah Opah yang paling happy tengok cucu-cucu berjaya. 
ahh...Rindu datang lagi,... :'(

Monday, October 24, 2011

Andainya Kau Tahu..Wahai Lelaki.

Info baik punyer untuk lelaki-lelaki kacak sekalian. Sila baca! :)




Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘I LOVE YOU’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan mungkin boleh pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.




SUMBER - UPTOMU.NET

Thursday, October 13, 2011

SYURA terkini. sangat sweet, dapat anak ketiga.





Dah lama rupanya cerita Syura yg femes dengan Siti Nordiana dulu. Berlakon cerita Helah, dll. Cantik sangat bile bertudung macam ni, dulu macam budak2 je lagi. sekarang dah ade anak tiga. Tahniah Syura.! comel jugak anak-anak die ni.Dah ade bisnes kahwin, sape2 nak try bukak web ni okey :) syurabridalhouse


layan gambar jom ^_^

















sumber : BEAUTIFULNARA

HINAKAH MENJADI SEORANG KERANI BERGAJI SPM?? *sedih








Tersentap lak bace komen2 kat bawah ni. sape2 yang paham tu, mesti akan sentap jugak. Oh.pliss la... TAKPERLU la nak hina or mengata golongan ni. tak semua ade SPM kerani ni. yg Degree pun ade. sekali korang dah ade PHD sekali pun, kalau tak dapat keje lain, kerani jugak yang korang apply. coz jawatan ni memang banyak. gaji pun okey, tapi setengah tempat tu kene lah tahan dengan keje yang bertimbun tu. kadang-kadang kene balik lambat, OT. kesian laki dengan anak dorang. tu pun orang awam nak pertikaikan keje, gaji or whatever lah.. Korang tak pernah rase, so korang boleh sebut ikut sedap mulut korang je. dalam bahase kasarnye, KURANG AJAR. belajar tinggi-tinggi tapi adab & bahasa nye mane? Even ade yang memang kerani tu tak mesra, tapi takperlu nak tuju kat semua. Ingat takde perasaan kot? huh.


*berfikir sebelum berkata-kata itu lebih baik. Sekian, terima kasih daun keladi.



Entry ni emo sikit, maaf :)






Perhatian kepada kerani kerani seluruh malaysia......nuek sentap ngan uols.....td g ofis FSPU uitm Perak.....ader lah hal nak mintak fax yg telah dikirim ...boleh pulak dier cek n kater x der dik .....erm sebab raser x puas hati nuek recek balik n cakap itu sangat penting.....baru lah ter kedik kedik cari.....then cakap urusan perbadi ker????for sure lah tak kan dah tulis program fakulti...sedehhh sangat.....kerani kerani......erm naper x cek bebetol cek jer pon ....x leh nak wat so how????
 ·  ·  · lebih kurang sejam yang lalu · 


    • Kahar Azmi berani dia wat kt diva mcm tu..sbr ye
      lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  Seorang

    • Surveyor Ily kdg2 dorg ni melebih...
      lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  Seorang

    • Anuar Yusoff kannnnnn sentap sangat kang marah jd isu student biadap
      lebih kurang sejam yang lalu · 


    • Surveyor Ily ntah belagak , padehal kerani je . heeee . chill laa yeh . nama pon manusia .
      lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  Seorang


    • Anuar Yusoff x der la...geram bender x cek bebetol
      lebih kurang sejam yang lalu · 


    • Surveyor Ily sabaq na ~ dorg ni MALAS sbnrnye

      • Anuar Yusoff heeeee ok ok where u at Surveyor Ily?
        lebih kurang sejam yang lalu · 

      • Surveyor Ily IM HOME . kl , why ?
        lebih kurang sejam yang lalu · 


      • Munie Iera admin fspu mmg cm2 laaa..xcya tny tirah n kcik..ktrang da kna ad b4 niee..
        lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  2 orang

      • Surveyor Ily yeke ? i xnah kena plak sbb selama ni dorg baik je,...
        lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  Seorang

      • Noor Hisham Aptb !
        lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  Seorang

      • Noor Hisham Ait . Akak ily pun adeee . Haha
        lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  2 orang

      • Anuar Yusoff maybe kerani mcm tu kot
        lebih kurang sejam yang lalu · 

      • Surveyor Ily sebok ah syam haha
        lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  Seorang

      • Anuar Yusoff illy sambung degree x?
        lebih kurang sejam yang lalu · 

      • Surveyor Ily dip pon xhbs lg nua . hahaha insyaallah sambung . EM ke ?
        lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  Seorang

      • Noor Hisham Aku lakkk . Akakkk ! Haha . Amboi sentap kau Nok . Chill2 okey nuek .
        lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  Seorang

      • Surveyor Ily sham kau ni kencing kuat doe . mana no umah sewe siakkk ?

        • lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  Seorang

        • Anuar Yusoff yup em illy em ker???to hisyam pon
          lebih kurang sejam yang lalu · 

        • Surveyor Ily aah em . part 2.... nua ? xpnh npk pon ???
          lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  Seorang

        • Noor Hisham Haha . Nati aku bg .
          lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  Seorang

        • Anuar Yusoff dengan merendah diri nyer sayer degree part 4....thats y x nampak i opssss
          lebih kurang sejam yang lalu · 

        • Surveyor Ily hahahahaha untung r senior,..sem dpn 5 la ?
          lebih kurang sejam yang lalu · 

        • Noor Hisham Salam berkenalan :) na juga chuolls :)
          lebih kurang sejam yang lalu ·  ·  Seorang

        • Anuar Yusoff sem depan master opsssss
          lebih kurang sejam yang lalu · 

        • Hansi Schon Iskandar Muhd cian Nueekk.........besala tu makan gaji free kononnya busy......
          58 minit yang lalu ·  ·  Seorang

        • Anuar Yusoff kannnnnnnnnnnnn
          56 minit yang lalu ·  ·  Seorang


        • Anuar Yusoff ok ok sorry yer kami berlapik mungkin setengah emosi control control
          52 minit yang lalu · 

        • Siti Sarah urusan peribadi kalau boleh jangan la menggunakan hak kerajaan,pepandai ler settle sendiri..bukan kerani ni takder keje..sok kalau dah keje baru rasa camana..k..jgn sentap plak
          43 minit yang lalu ·  ·  2 orang

        • Zira Salehudin bukan semua kerani mcm tu. kerani je pun,.bkn perompak. hina sgt ker?? *ckp biar berlapik lah. blaja tinggi sgt ke. -bkn utk hg ek anuar:D
          42 minit yang lalu ·  ·  Seorang


        • Anuar Yusoff Siti Sarah:::;kan kak sarah td bukan urusan peribadi...tp urusan fakulti kalo ikot kan kene fax kat hep tp dimaklumkan fax hep ader masalah....kenaper student jadi mangsa staf or kerani...selalu memarah student n wat x kisah jerrr
          32 minit yang lalu · 


        • Anuar Yusoff Siti Sarah::; n one more thing staf or kerani suke wat muke....x kisah la aper pon dah keje kan ...kalo student datang biadap x per nie tanya elok elok pon nak wat hal so how???uitm kan ader iso kami student pon ader keje juger..memasing penat kalo senyum kan leh setle nie x muke masammmm
          27 minit yang lalu · 

        • Zira Salehudin makan gaji pun, asalkan halal. yg tak keje lagi nnti akan rase jugak cmne keje ni. xde sape perfect. klu semua kt dunia ni baik, baguslah.lumrah manusia, ade yg baik, ade jgk yg kurang. kite hanya manusia. tekperlu salah menyalahkan orang lain sesuka hati. cermin diri dulu. * kpd yg berkenaan shj
          6 minit yang lalu · 

        • Zira Salehudin fax tu kan mesin je, mestilah kdg2 rosak. bnde yg tak blh dielakkan, kene sabar je lah :)
          5 minit yang lalu ·