Wednesday, July 25, 2012

Pengalaman Pertama Saya


Pengalaman pertama sebagai ibu mengandung berpuasa? Agak-agak macam mana yer.. hehe.. Sekarang perut dah makin membesar, dah masuk 4 bulan setengah (18 Minggu). 3 bulan pertama dulu memang alahan terul. 2 bulan lebih x makan nasik sebab akan muntah balik, turn dari 60kg ke 56kg je. and skrg dh maintain balik dlm 58kg plus berat baby. Masuk bulan ke-4 je dah boleh makan and boleh bau dah masak-masak kat dapur. Alhamdulillah, mula ramadan hari tu boleh mula puasa. Cuba bertahan nak puasa penuh. Tapi dugaan die berganda dari orang biasa berpuasa. Sebab sekarang kan dah berdua. Tahap kelaparan dan penat tu pun kena kali dua. hehe....Hari keje kena keje..Balik keje kena tolong MIL masak, lipat kain, jemur kain. Mane tak penatnyer jugak berganda.. Hehe.. Tanggungjawab tak boleh nak mengelat ok!~ :p

Petang jer mulalah perut ni mengeluarkan lagu keroncong, Eh..lagu raya lah..(tengah kira hari nak balik kampung) haha...Bila perut kosong, mula rasa nak muntah dan mengeluarkan angin yg banyak. hehe..Macam budak-budak dah dok kire jam bile nak buka. Nak kekalkan tenaga dan kurangkan rasa lapar sepanjang hari, sahur tu kena makan nasik, minum air banyak, makan buah kurma dan yang penting minum susu. Kesian kat baby nanti..

So, kalau nak tahu lebih lengkap lagi tengok link kat bawah ni. (Wife cousin husband yang bagi)  ----------> Panduan Kehamilan Semasa Puasa dari Mutiara Hikmah. Sama-sama kita amalkan :)



Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa. Semoga diberkati Allah S.W.T. di bulan mulia ini.