Wednesday, November 27, 2013

Bayi Kerap Bangun Malam. Cara Atasinya......

Sejak dua menjak ni Naufal kerap terjaga then main waktu malam. Penat jugak Ibu nak bangun bagi dia susu.. Nak bangun bancuh susu botol kat dia, lagi lah Ibu liat. Hehe.. 
Tapi nya rasa macam Naufal tak cukup kenyang..padahal dah disuap bubur time petang balik dari Taska.
So, try lah jugak google cara / tips untuk bagi anak anda tidur lena malam hari. Jom check it out mommies :)


1 . Selsema tidak mengira waktu dan usia, malah bayi begitu mudah dijangkiti selsema. Sukar untuk dia tidur lena malam dan meragam akibat kesukaran untuk bernafas. Cuba beri kelegaan dengan meletakan balm pada bahagian yang tidak selesa.
2 . Ruam adalah salah satu masalah kulit yang dihadapi oleh bayi yang biasanya terjadi di sekitar punggung bayi. Kemerahan pada bahagian kulit memberi rasa pedih pada bayi. Longgarkan pemakaian lampin pakai buang atau gunakan ubat anti ruam. Kerap juga tukar lampin pada waktu malam. Bayi rasa selesa dan tidur lena.
3 . Kolik adalah masalah kembung perut yang membuatkan bayi meragam dan tidak tidur lena. tidur secara meniarao di samping sapu ubat khas di bahagian perut.
4 . Elakkan bilik dalam keadaan panas dan terlalu sejuk. Pakaikan pakaian tidur yang nipis. Bayi adakalanya terjaya waktu malam kerana kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk bayi tidur lena.
5 . Suhu badan bayi melebihi 39 darjah celcius, bayi demam dan mudah terjaga waktu malam. Berikan ubat demam dan sejukkan badannya dengan membasahkan kain dan lap seluruh anggota badannya. Pakaikan baju nipis. Jika suhu badan masih tinggi segara dapatkan rawatan doktor.
6 . Batuk membuatkan bayi mudah terjaga. Pastikan bilik tidak terlalu sejuk dan beri ubat batuk khas untuk bayi, ia membantu bayi tidur lena. Pastikan juga bilik bersih dari habuk kotoran.
7 . Gusi bengkak, tanda gigi akan tumbuh. Rasa tidak selesa, menyukarkan tidur bayi. Berikan teether tang telah disejukkan dalam peti ais. Bayi akan rasa nyaman dan ketidakselesaan makin berkurang. 
8 . Jadikan waktu tidur rutin setiap hari. Bayi akan secara tidak langsung tahu akan waktu tidurnya. Dia akan tidur dengan sendirinya apabila sampai waktunya.
9 . Bilik gelap, suhu bilik dan senyap membantu bayi tidur dengan cepat. Lakukan setiap kali bayi mahu tidur. Bayi yang mendapat tidur yang cukup akan kelihatan segar dan aktif.
10. Posisi bayi tidur secara telentang mengelakan risiko sindrom kematian mengejut. Cara ini membantu bayi tidur lena.
11.Tidurkan bayi di tempat yang sama. Secara psikologinya bayi akan tahu bahawa itu adalah tempat tidurnya.
12. Elakkan bermain di tempat tidurnya. Katakan padanya disitu bukan tempat bermain. Sediakan satu tempat untuk dia bermain.
13. Nyanyikan lagu atau muzik kegemarannya dengan perlahan supaya dia dapat tidur dengan sendirinya. Jangan terlalu mendesak.
14. Secara tradisional, tungku juga boleh digunakan untuk sakit perut bayi yang boleh menganggu tidurnya. Tungku secara perlahan di sekitar perut bayi. Gunakan tungu yang kecil.
15. Ketika tidurkan bayi, dekatkan diri anda dengan bayi. Tepuk dan gosok belakangnya secara lembut.Bayi anda akan rasa selamat. Lakukan gerakan yang sama sehingga bayi anda tidur.
16. Mandikan bayi dengan air suam. Bayi akan berasa nyaman dan segar dengan haruman wangian mandian. Siapkan bayi anda, seterusnya berikan makanan berkhasiat dan susu sebelum tidur.
17. Lakukan urutan di seluruh badan bayi. Minyak zaitun atau losyen boleh digunakan. Digalakan dilakukan selepas mandi dan lakukan secara konsisten.
18. Jika bayi terjaga waktu malam, redakan tangisannya. Segara lihat lampin perlu ditukar atau bayi berasa panas atau sejuk. Jangan bercakap ataupun membuka lampu.
19. Bayi menangis dengan tiba-tiba walaupun baru setengan jam tidur. Baring bersebelahan dan pastikan ia tidur semula
20.Dukung sambil berjalan dan dodoikan akan menyelesaikan masalah bayi menagis diwaktu malam.Tetapi jangan selalu lakukan demikian.Boleh dilakukan apabila terdesak ataupun bayi demam.
21. Bau aromaterapi di seluruh bilik membuatkan rasa nyaman dan perasaan tenang pada bayi.
22. Gunakan selimut kapas yang tidak terlalu tebal untuk bayi. Selimut yang tebal membuatkan bayi berpeluh dan terjaga pada waktu malam.
23. Jika anda kaki tv pastikan bunyi tv dan muzik tidak menganggu tidur bayi. Bayi begitu sensitif pada bunyi jika ia tidak dapat tidur.
24. Jika bayi pramatang pula, baju yang berlengan panjang, seluar berkaki dan topi perlu dipakai ketika tidur. Bayi ini sangat sensitif dengan persekitarannya yang sejuk dan mudah dijangkiti penyakit.
25. Jika perlu, anda dan pasangan anda turut sama tidur bersama-sama bayi. Bau badan ibu dan bapanya membuatkan bayi tahu keadaan sekelilingnyaselamat dan usah bimbang.
26. Belajar tanda bayi mahu tidur.Selalu tanda letih seperti menggosok mata, tarik telinga dan meragam. Jika ada, segera bawa ke katil. Dia akan menjadi bartambah letih dan sukar tidur jika gagal berbuat demikian.
27. Buat mood untuk bayi faham waktu tidur hampir tiba denagn memandikannya, membaca buku, membuaikannya atau mendodoikannya.
28. Penghawa dingin yang dipasang di dalam bilik tidur dikatakan membantu bayi tidur dengan lena.
29. Bawa bayi anda ke katil waktu dia sedar dan beri masa untuk dia tidur dengan sendirinya. Selalunya antara enam sehingga lapan minggu usianya cara ini boleh digunakan. 
30. Alat permainan tergantung yang berpusing juga membantu bayi tidur dengan mudah. Sesuai untuk bayi baru lahir.
31. Lalukan aktiviti permainan di atas katil secara tetap sebelum tidur. Jangan terlalu lama. Kemudian ajak bayi tidur.
32. Ubah posisi tidur bayi jika terjaga di tengah malam. Mungkin bayi sukar menggerakkan badannya lalu menangis. Pastika ia memberi keselesaan pada si manja.
33. Hiduk bayi yang tersumbat akibat selsema menggangu pernafasannya. Bantal yang tinggi diperlukan supaya hidung dapat bernafas dengan baik.
34. Tilam yang empuk yang diperbuat dari getah asli adalah pilihan yang terbaik. Ia menggalakkan bayi tidur lena.
35. Bilik yang bersih memberi kesan psikologi yang baik pada bayi.
36. Dakapan yang penuh dengan kasih sayang perlu dilakukan dengan kerap akan membuatkan bayi berasa dirinya dihargai.
37. Katil yang kuat dan selesa dan tilam khas digunakan untuk membantu bayi tidur dengan lena.
38. Galakan aktiviti di sianga hari separti barmain, bercakap atau menyaikan lagu. Ia membantu bayi tidur lebih diwaktu malam.
39. Dekorasi bilik tidurnya yang menarik juga membantu bayi suka akan tempat tidurnya.
40. Jika bayi menangis diwaktu malam dan tidur kembali mungkin ia tidak selesa dengan posisi tidurnya. Tenangkan ia sehingga ia tidur kembali.

OK. Balik ni nk try bagi mandi sebelum Naufal tidur :)

P/s: selamat mencuba ya mommies

Credit to: Permata Cintaku

Thursday, October 17, 2013

Entry for Birthday Mommy :)




 " Kasih Ibu Membawa Ke Syurga "


" Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anaknya "

-Di hari pernikahan-

" Sentiasa ada disisi ketika senang mahupun ketika susah "





-Acik sentiasa sayang Ummi, mendoakan Ummi sihat, bahagia dan dimurahkan rezeki bersama suami, anak-anak dan cucu tersayang-




Happy Birthday To You....
Happy Birthday To You....
Happy Birthday To You Puan Zaiton....
Happy Birthday To You........


The greatest mom in the world!

Hug and kiss!
Muahhhhhhh! xoxo 

*I MISS YOU DAMN MUCH   :')



Thursday, October 10, 2013

Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really
long time…

And today…

Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!
They are selling for Hello Kitty products through online!

Currently they’re having Hello Kitty Lucky Draw, and you can
have have a chance to win for “Hello Kitty Energy Necklace”
(Value: RM207 each).
If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:

==> http://www.hellokittymalaysia.com

This special Hello Kitty Lucky Draw is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and get a chance to
win now:

==> http://www.hellokittymalaysia.com

If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer :)


Join Lucky Draw Now

Thursday, October 3, 2013

Baru nak update

Bismillahirrahmanirrahim...

Lame sungguh tak update blog. Nak aktif balik lah lepas ni..tapi banyak lah muka budak tecik comey lotey tu kuar dalam blog nih..hehehe...


-Naufal 8 Bulan-

Gelak menampak kan gigi beliau :)


Belon Pooh peberet dia.. Tq to his Mummy Nadia :))


Budak susah nak senyum dgn org. klu ngan ibu dia kemain lagi.


Latest pict of him!. Geram ibu tengok dia tau!

Tuesday, June 11, 2013

My Little Boy | 5 Bulan dah :)

5.6.2013 aritu my baby boy- Muhammad Adli Naufal dah menjangkau umur 5 bulan. Sekejapnya masa berlalu. Dah 5 bulan Naufal lahir, dah macam-macam ragam dia. Hehe. yang penting,makin COMEL. (Macam ibu dia kot) hew hew hew :p

Dalam pantang lagi dia dah pandai melonjak badan. Masuk 3 bulan...makin aktif, pertengahan 3 bulan, dia dah mula meniarap. Tengah malam pulak tu dia nak buat show. Excited lah Ibu ngan Ayah dia  malam tu..hehe..



*Lepas meniarap menangis..hehe..comel je tengok badan dia golek2.


Sekarang ni dia pandai golek-golek kan badan dia..Tido pun lasak..letak menegak, bile malam melintang badan dia. haha. lasak nye tido mengiringkan badan. And kalau menyusu mesti tangan sebelah kat atas. Gaya menyusu Naufal...huhu


* Badan ketak-ketak HAHA

Last two week dia demam panas. Dalam 5 hari jugak lah.. Sampai effect ke mata dia..Batuk, selesema, kahak..badan suhu sampai 38c' ke atas. Ummi Abah datang terus bwk pegi Hospital Putrajaya. Maklumlah, Tok Ummi dia kan Sister. haha..bab-bab sakit ni kena rujuk dia lah. And masa demam, kerenah Naufal macam-macam. Takut makan ubat, taknak tido kat bawak..nak berdukung je... Sedih kot tengok anak tak sihat macam tu. Sampai lepas tu Ibu dia pulak demam sampai seminggu . Huhu...



*Budak demam :)


Lepas je dia baik demam...kuat menyusu, makin lasak dan aktif. Seronok tengok dia nak main je.. Semalam, bagi dia main dalam stroller yg hadiah member2 opis bagi dulu tu...kemain dia..gelak2.haha







Next, tak sabar nak tengok perkembangan dia lepas ni.. :D



Saturday, March 16, 2013

New Life New World as a Mommy! :)





Assalamualaikum.. Bismillah..

dah berhabuk rupanye blog nih. Sejak cuti bersalin memang dah x bukak langsung sampai lah sekarang nih dah nk masuk 3 bulan.. Wahh.. tersangat lah lama.

sekarang ni sibuk dgn anak pulak *smbil sebelah tangan buai baby* hihi.. Just nak kongsi gambar n detail about my baby boy~ :





Name : Muhammad Adli Naufal Bin Azri Syafiq
Born day : 5 Januari 2013 (lewat 4 hari dari due date)
Berat lahir : 3.08kg *2bulan - 5.3kg :)
Waktu lahir : 3.12pm (dari jam 12.30mlm)
Tempat Lahir : Hospital Serdang, Selangor










 Kenduri cukur jambul

Sudah bulat kepala saya!

2 Bulan :)


 TERKINI *