Tuesday, February 28, 2012

Filem Adnan Sempit 2 TERBAIK!



Filem arahan Ismail Bob Hashim kali ni memang terbaik. Filem genre aksi/komedi ni bakal pecah panggung. Seriously memang kelakar habis.! Gandingan mantap dan sangat menjadi, pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Raja Lawak, Yana Shamsuddin dan ramai lagi. Walaupun ade jugak babak yang bosan tapi secara keseluruhannya memang best. Ramai yang dah tengok kompem bagi 4.5/ 5 bintang. Tak percaya? hehe. Pergi serbu panggung wayang secepat mungkin! Filem ni dah mula ditayangkan 23 Februari lepas. Tak rugi lah tengok, senang cerita memang puas hati. Korang takkan berhenti gelak dari mula sampai habis cerita. Tengok trailer filem ni kat atas tu then pergi tengok kat wayang ok.! Enjoy!! Hehe :)

Thursday, February 16, 2012

B.A.H.A.G.I.A. :)



Saya sayang suami saya.

Eh. kenapa pulak dah ni kan. hehe. lebih tambah sayang sebab encik suami jaga aku sama macam Ummi jage mase demam. Jenis yang suka terjaga malam and merengek sebab panas dalam badan, encik suami tak lena tidur sebab jaga, demah dahi dengan tuala basah, akan teman sampai aku tidur balik. Suapkan makan bubur yang mother in law buat kan. Macam princess lak rasenye. hehehe,.. Kalau dulu Ummi yang akan buatkan semua tu, sekarang dah tukar orang lah sebab dah ada suami. ye dak? :) Seriusly, memang same sebab Ummi dah sememangnye paham kerenah anak dia yang sorang ni macam mana. teman tidur kat luar, tidur dekat-dekat sebab aku selalu akan terjaga malam-malam. Tapi kalau kat rumah, Ummi akan jelum kepala dengan air asam jawa. bagi sejuk and kurangkan panas dalam badan. Petua dari arwah Opah. :)


So, sape yang bujang bujang lagi tu cepat-cepat lah kahwin. baru korang akan rase keindahan dalam rumah tangga. hehe.

Sekian. :)

Buat Para Isteri...

*gambar hiasan


Untuk isteri tersayang ............

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...