Friday, March 2, 2012

Hari Khamis.

Kenangan mase kenduri cousin


Khamis malam jumaat. Sama hari dengan hari Arwah Opah pergi. 28 Julai 2011. Malam tadi, mimpi arwah. Rindu sangat-sangat lah tu.. Memang dah lame nak mimpi, nak jumpe Opah tersayang. Malam tadi bru tertunai. Mase ramai-ramai, semua cucu, cicit Opah ade.. nampak Opah tengah baring atas katil, Opah ajak tidur sekali, Opah peluk. Muka Opah senyum je.. Kitorang semua tengah seronok main, sembang-sembang. Ade yang teman Opah kat tepi katil tu. Opah tak nampak sakit pun.. Tapi Opah takde cakap ape-ape. Rindu nak dengar suara Opah. 

Hurmm.. Dah lame sangat tak jenguk kampung. Tak jenguk rumah Opah. Tapi kalau balik, teringat kenangan dengan Opah kat situ, mesti lagi sedih. Nak pergi ziarah kubur Opah.. Nak bacekan Yaasin dekat situ nanti. Kalau berkesempatan acik pergi ziarah Opah ye.. acik rindu sangat. Jumpe dalam mimpi dah terubat sikit rindu nih.. Bangun pagi tadi, tengah mandi teringat yang acik dah jumpe Opah dalam mimpi malam tadi. Acik senyum sampai pejabat. Seronok walaupun sekejap Opah muncul tapi acik akan ingat mimpi tu. 


Sangat dihormati orang Kampung Gelung Pepuyu.
*Arwah Opah pandai berzanji & marhaban


Semoga Opah tenang di sana. Kami kat sini sentiasa akan rindu kan Opah.
Al- Fatihah....   :'(


No comments:

Post a Comment