Wednesday, January 25, 2012

Hari Bersama Keluarga | Our Happy Day!




Assalamualaikum :)


Cuti raya cina banyak hari. Aku and husband balik Taiping rumah family hari Ahad. Seronok sangat lah kan bile dapat balik berkumpul satu family kat rumah. Tambah-tambah lagi bile Abah pun cuti jugak. Bukan senang Abah boleh cuti-cuti Malaysia ni. Raye cine jerk cuti banyak hari. hehe. So, pagi Isnin tu pergi breakfast same2, borak-borak. macam-macam cerita. Then, Abah tanye plan ape kite hari ni
? Nak pergi mane-mane ke?. Erm... masing-masing pikir, sampai ke rumah pun tak dapat idea lagi nak pergi mane. Searching2 kat internet, pastu kitorang plan nak pergi Ipoh je laa... Gunung Lang. Macam cantik je kat situ. ok. Fullstop. Gunung Lang.



Lepas Zohor gerak sampai sane dah kul 4. Lepas bagi ikan makan dekat jeti tu, beli tiket untuk naik bot ke 'pulau' kecik. Dewasa cuma RM3 dan kanak2 separuh harga. Murah kan? Untuk pergi dan balik. Tapi nye dah pergi pun mase cuti umum, kena lah beraturrrr panjang. Same jugak mase nak balik. Nak buat macammane :)

Pulau kecik tu ade macam-macam. Burung Unta, rumah-rumah tradisional, Burung, Menara (boleh naik sampai atas), and macam-macam landskap yang cantik. Sangat menenangkan. Mase pergi tu ade ramai pasangan pengantin yang shoot untuk gambar kahwin dorang. So, tempat ni memang sesuai untuk semua golongan and macam-macam aktiviti bersama keluarga anda. :)


Dari pintu masuk


Labu-Labi *bak kata Along. (sebenarnya Labi-Labi ok)

Permandangan dari pulau

Permandangan dari menara pulau

Jeti pulau

Dari dalam bot :)

Jeti. bagi ikan makan

Kembaq :)

Syahmi *adik

Pengantin Baru. wink*wink

Siblings~ boys

Siblings~ girls

Siblings~


Dira Nadhirah *twin
























No comments:

Post a Comment