Monday, December 5, 2011

Demam Ombak Rindu.!


Semua orang mula menyebut pasal Filem ni. Aku rase mungkin boleh Box Office sebab cerita nya memang best dan menyentuh hati. Bayangkan semalam ade lelaki pun mengaku menangis tengok filem ni.

Kebetulan, Najwa ajak pegi tengok cerita ni. Kitorang beli siap2 malam sabtu untuk tengok hari ahad. Takut full seat! Ade la orang kat fb mention pasal abg Hariz nak datang Alamanda. Dalam hati ni, ish..betul ke.. ok takpe. we wait & see.

Sampai je Alamanda, usha2 jugak lah kat sane, betul ke ade Aaron Aziz. Takde pun. _._ *muke frust..
Tengok je lah cerita tu kul 1.05 pm. Meleleh air mata tengok. Betul lah ramai kata kena sediakan tisu. Aku dengan Najwa tak bawak pun. Huhu. sedih part yang Hariz nak tinggalkan Izaah mase dia mengandung tu. Naseb baik lah Najwa yang kat sebelah .takde lah segan sangat. hehe...
Akhirnya....... lepas je habis cerita tu, ade announcement kata yang pelakon-pelakon Ombak Rindu nak masuk panggung.! Bayangkan lah bile sebut Aaron Aziz nak datang, gigirl2 dalam tu macam mane excited. Termasuk lah tuan punye blog ni. Haha. Menjerit sakan! Dari luar pun dengar orang dah menjerit! Macam tak percaya Aaron Aziz yang aku minat ade depan mata! Excited gila! Dah la die tu kelakar jugak orangnya. Pecah perut jugak orang dalam anggung tu dok gelak. Haishh.. bikin orang cair lah die tu. Hehe.

Kejap je die dengan Maya Karin dengan Pengarah Ombak Rindu, Osman Ali dalam tu. Rupanya dorang wat touring bagi Filem Ombak Rindu kat sekitar Lembah Klang. 


Meh nak bagi sikit Sinopsis Filem Ombak Rindu :

Sinopsis Filem Ombak Rindu 

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz, 
Maya Karin sebagai Izzah, manakala Lisa Surihani (Mila).



No comments:

Post a Comment