* TIPS PERSEDIAAN FIZIKAL SEBELUM DAN SEMASA BERPUASA
#ramadancontdown
Subhanallah.. kejap je rasa puasa tahun lepas.. minggu depan Ramadan kembali lagi.. bersediakah kita?
Fizikal kena kuat.. dalaman pun kena kuat,, tambah-tambah lagi bagi Ibu hamil..Ibu menyusu.. banyak dugaan..
dengan susu drop nye..cepat lapar dan haus.
TIP KEKAL CERGAS PADA BULAN PUASA
Berikut adalah beberapa panduan untuk anda kekal cergas di bulan puasa.
- Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
- Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fi zikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
- Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
- Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.
TABIAT MAKAN YANG PERLU DIELAKKAN
Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.
- Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
- Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
- Kurangkan makanan tinggi gula.
- Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
- Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
- Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.
TIP MENINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT
Kesesuaian makanan yang mengandungi tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, roti atau biskut wholemeal dan kekacang kurang diambil pada bulan puasa. Ini kerana, makanan ini biasanya kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan makanan lain yang dijual di pasar Ramadhan.
Namun begitu, pengambilan serat adalah penting untuk mencegah masalah sembelit terutamanya di bulan puasa. Sayur juga boleh memberi rasa kenyang dan boleh membantu mengawal berat badan. Buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dijadikan sebagai hidangan yang berkhasiat. Berikut adalah panduan untuk meningkatkan pengambilan serat:
- Sewaktu berbuka puasa, makan tiga biji buah kurma, setengah cawan jus buah tanpa gula, satu mangkuk sup sayur campur serta1 atau 2 keping roti tinggi serat.
- Ketika makan malam, ambil sayur campur dan sebiji buah berserta makanan yang lain.
- Ambil buah-buahan sebagai makanan lewat malam.
- Bersahurlah dengan bijirin sarapan seperti oats, sup sayur ataupun buah-buahan.
- Tambah kekacang seperti kacang dhal, kacang kuda, kacang soya atau kacang pis ke dalam masakan.
TIP MENINGKATKAN PENGAMBILAN AIR
Walaupun berpuasa, kita perlu minum 6-8 gelas air sehari. Air penting untuk fungsi badan yang sempurna selain mencegah sembelit. Kekurangan pengambilan air boleh mengakibatkan keletihan. Jika boleh, utamakan air kosong. Namun begitu, anda juga boleh minum jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak. Elakkan pengambilan air manis yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan.
Selain daripada minum air, anda juga boleh meningkatkan pengambilan cecair dengan mengambil sup sayur. Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengambilan air:
- Minum dua gelas air sewaktu berbuka. Ini termasuklah jus buah-buahan ataupun susu rendah lemak.
- Minum 2-3 gelas air sebelum tidur.
- Minum dua gelas air sewaktu bersahur
Mengikut pengalaman Zyra puasa pula masa hamil Naufal dan Safwan..masa menyusukan Naufal.. sangat-sangat mencabar! Yelah kan..berkerja lagi..uruskan rumah lagi.. So, mana-mana yang baru pertama kali tu boleh ikut sedikit tips mengikut pengalaman sendiri.
1. Sahur kena makan nasi, kurma, minum minuman kalsium (milo/susu/ horlicks) supaya bertenaga dan susu tetap banyak. Air kosong jangan tinggal masa sahur! Kalau tak kurang air dalam badan!
2. Kena positif dan kuat semangat! Ingatkan diri supaya tak lemah untuk berpuasa sepanjang Ramadan.
3. Untuk suplemen..Zyra amalkan minum ESP dan Alfafa Complex ketika bersahur dan ketika berbuka/ malam . Supaya membantu untuk susu badan sentiasa banyak dan kenyang tahan lebih lama. Yang penting, ESP membantu memberi tenaga berterusan!!
4. Amalkan Mealshakes dan Performance Drink untuk elakkan dehidrasi (kurang air dalam badan.
Berminat dengan produk SHAKLEE?
Hubungi saya, Zyra
whatsapp/sms/ call : 01132368153
Facebook page :
Instagram:
COD Putrajaya/ Taiping/ Semenyih
Shaklee Independent Distributor
ID 1181515
Hubungi saya, Zyra
Facebook page :
Instagram:
COD Putrajaya/ Taiping/ Semenyih
No comments:
Post a Comment